28/12/2011

@tunfaisal Berbicara Tentang 'Winnable Candidates' ?



Baca juga artikel Keris yang terdahulu tentang 10 ciri-ciri 'Winnable Candidates' di SINI


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dirgahayu ras ini tidak akan sirna hilang..di ancala tertinggi kan dijulang.......

Tahniah @ZambryAbdKadir - KR1M Dalam Kawasan Luar Bandar



Keris dalam perjalanan ke Pulau Pangkor bersama rakan blogger Kulaan Niring dan Asyraf, terlihat pula sebuah kedai KR1M di Bazar Nanas Kampung Selabak. Terasa tertarik untuk membuat 'terjahan' disana.




Menurut kata penyelia merangkap pengurus kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia Bazar Nanas Kampung Selabak, Cik Siti Aishah , kedai ini baru dibuka dua minggu yang lepas dan pengunjung yang datang untuk membeli semakin hari semakin bertambah. Penjualan juga menunjukkan peningkatan sekaligus memberi kesan didalam meringankan beban rakyat.


Keris dan Kulaan Niring sempat 'terjah' dua orang pelanggan dengan berbagai soalan. Mereka memberikan persepsi yang baik selain menyatakan terima kasih kepada kerajaan. banyak jika mahu diceritakan tentang perbualan kami. Nantikan video ekslusif yang akan disiarkan di blog kami tidak lama lagi.


Alhamdulillah, segala usaha kerajaan didalam meringankan beban rakyat terutamanya masyarakat luar bandar semakin berjaya. Keris melihat KR1M sebagai satu kejayaan buat rakyat. Menepati slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dahulukan rakyat! Rakyat sentrik!

27/12/2011

DAP Dominasi PR, Apa Kata Ahmad Atory Hussain?




Keris juga bersetuju dengan pendapat Dr Atory Hussain dimana jika dikaji semula daripada perebutan kerusi yang belum selesai diantara PKR-DAP dan tampak DAP lebih dominan setiap kali berbalah menunjukkan bahawa PKR sedang lemah.

Apatah lagi apabila keputusan perbicaraan Ketua Umum PKR juga kelihatan seakan tidak memihak kepadanya menjadikan PKR lebih goyah dan huru-hara. PAS pula kini menghadapi masalah dalaman yang semakin teruk sekaligus memberikan DAP lebih kuasa dalam bersuara. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menang?

Apapun, Keris menjangka pakatan rakyat ini akan menjadi lebih rapuh menjelang PRU13. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Tunggu keputusan Anwar pada 9hb ni..baru tahu apa jadi..

Gempak! - Stadium Piala Dunia Qatar 2022


Piala Dunia FIFA 2022 adalah Piala Dunia FIFA ke-22 yang mana akan berlangsung di Qatar. Ini adalah pertama kalinya Qatar menyelenggarakan pertandingan berprestij ini. Qatar adalah negara pertama di Timur Tengah yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.











Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bila Malaysia nak masuk Piala Dunia?..

Ini Cara Nak Sambut Perayaan Bukan Islam! Jangan Ikut Isham Rais


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


Sumber: e-Fatwa


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Jangan terkeliru dengan tindakan orang lain..rujuk kepada yang pakar lebih-lebih lagi apabila ia mengenai hukum Islam..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk