27/07/2015

Hadiah Syawal Buat Rakyat Selangor Daripada @AzminAli ?



SEMENYIH 20 Julai - Langkah kerajaan negeri­ Selangor­ yang bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan Pusat dalam perjanjian penstrukturan air dilihat memberi nafas baharu kepada penduduk di Lembah Klang.

Rata-rata orang ramai yang ditemui berpendapat ia merupakan khabar baik sempena bulan Syawal kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, keputusan itu bakal menamatkan krisis bekalan air bersih di sekitar Lembah Klang khususnya kawasan yang teruk.

“Pengumuman yang dibuat mampu memberi sinar baharu kepada rakyat Selangor khususnya kawasan yang terjejas teruk akibat terputus bekalan air bersih seperti di Semenyih.

“Ini juga merupakan ‘hadiah Syawal’ kepada penduduk yang akan terlepas daripada bebanan masalah air selepas ini,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi berhubung Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya baru-baru ini.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak mempunyai 60 hari untuk menyelesaikan segala syarat dipersetujui kepada perjanjian utama dan apabila kesemua terma dipenuhi, perjanjian utama akan dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, Johan berkata, bagaimanapun berlaku kelewatan ekoran penangguhan yang dibuat membabitkan isu tanah sebelum ini.

“Perkara ini sudah dikaji sejak negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lagi. Kenapa baru sekarang mereka menyedari keperluan ini.

“Sedangkan rakyat sudah menerima­ azab dan detik sukar sehingga sembilan hari terputus bekalan air,” katanya.

Sementara itu seorang operator kilang, Norzaliza Ghazali, 32, melahirkan rasa syukur terhadap perkara itu yang dianggap sebagai sesuatu yang sudah lama dinantikan.

“Perjanjian itu sepatutnya sudah lama ditandatangani kerana melibatka­n isu rakyat serta keperluan­ dan kepentingan bersama. Tetapi saya mengharapkan selepas ini Selangor akan bebas daripada gangguan air tidak berjadual,” katanya.

Turut meluahkan perasaan sama, Noraida Yaacob, 34.

Katanya, perkara ini tidak boleh ditangguh kerana rakyat yang menerima akibat dan menanggung ekoran daripada krisis air yang berlaku.

“Saya harap sangat pemim­pin membuat keputusan sewajarnya demi kepentingan­ rakyat dan bukan taksub kepada kuasa dan politik,” katanya.

Bagi suri rumah, Rohaya Abdul Ghafur, 44, pula menganggap keputusan kerajaan negeri Selangor itu amat tepat ketika rakyat sedang menanggung penderitaan daripada krisis air yang teruk sejak kebelakangan ini.

Sementara itu bagi Aris Omar, 57, keputusan itu sewajarnya dibuat lebih awal oleh kerajaan Selangor bagi mengelakkan penduduk terus menanggung derita.

“Kita harap isu air tidak akan dipolitikkan lagi dan kedua-dua pihak perlu mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Turut berkongsi pendapat seorang peniaga, Haris Saad, 42, yang mengharapkan kerjasama itu dapat mengatasi masalah air yang kian meruncing di Selangor. - 
Utusan


Bayangkan. Time raya pun kena 'game' jugak pasal air. Sampai bila nak selesai? Azmin konon dah sign agreement tapi apa tindakan susulan? Kisah nak tandatangan perjanjian ni sepatutnya 2008 lagi dah selesai.

Daripada Keris bujang sampai dah ada nak baru nak sign. Beb! Baru sign tanpa tindakan susulan daripada Kerajaan Negeri, agak-agak siapa nak ambil kisah pasal rumah tak ada air?

Sebab Azmin hanya sign agreement bila ada kepentingan, rakyat Selangor kena tahu benda tu. Nak sokong next PRU lagi?

K7L : Tolonglah serik wahai orang Selangor..

1 ulasan:

  1. Angkat semula institusi Raja/Sultan...
    MB..ni buang masa..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk