23/03/2015

MP Kota Melaka Salahkan Pembalakan Nga-Ngeh Di Kelantan Punca Banjir?



Dalam keadaan pemimpin di Kelantan saling menuding jari mengenai isu pembalakan yang menjadi punca banjir 'merah' yang melanda negeri itu, Ngeh dan Nga pula lebih selesa mengunci mulut.

Tidak ramai sedar bahawa Nga dan Ngeh pernah membuat pengakuan terlibat dalam projek pembalakan melibatkan lebih 4,000 hektar di Gua Musang - antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini. Dua sepupu itu tampil membuat pengakuan selepas mereka diasak bertubi-tubi di media berhubung pemberian tanah di Kelantan yang dikaitkan sebagai kompromi bagi membolehkan pemimpin Pas dilantik sebagai MB Perak ketika PR menang pada PRU12.

Portal The Malaysian Insider kelmarin memetik kenyataan Pakar perhutanan, Lim Teck Wyn yang mendedahkan bahawa kejadian banjir buruk di Kelantan antara lain berpunca daripada pembersihan hutan secara besar-besaran bagi projek tanaman klon balak (LTC).

Tahukan rakyat Kelantan bahawa Pada 2012, Ngeh dan Nga mengaku bahawa syarikat mereka, Upayapadu Sdn. Bhd terlibat dalam projek penanaman klon balak (LTC), tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci penglibatan mereka dengan alasan "melindungi anak guam mereka" dipercayai taukeh-taukeh yang turut terlibat dalam projek itu.

Ramai juga tidak sedar bahawa Upayapadu Sdn. Bhd itu adalah syarikat yang juga kroni kepada pemimpin PAS, Husam Musa yang sebelum ini adalah exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Menariknya, dalam keadaan DAP membisu seribu bahasa, Husam mengambil jalan mudah menyalahkan TNB sebagai punca banjir sebelum dimalukan dengan kenyataan TNB yang mematahkan hujah dangkal dari Husam.

Wajarkah, pemimpin DAP bersama taukeh-taukeh balak dibiar mengaut kekayaan dengan menjarah hutan Kelantan sehingga mengundang bencana dahsyat; dan apabila berlakunya banjir, mereka buat-buat tak tahu dan tidak memberi satu sen pun hasil keuntungan syarikat mereka untuk membantu rakyat Kelantan yang kehilangan harta dan tempat tinggal?

Wajarkah, menyalahkan TNB dan Thailand walaupun sudah lagi bersuluh kegiatan pembalakan yang turut didalangi pemimpin DAP adalah antara punca tragedi banjir yang bukan sahaja meragut nyawa orang Kelantan, malah menyebabkan perkampungan mereka musnah sama sekali?

Sehubungan itu, Rakyat Kelantan mahu tahu:

1) Berapa banyak telah dibayar oleh Nga dan Ngeh untuk membeli Upaya Padu Plantation?

2) Sila sahkan 10,526 ekar tanah yang dianugerahkan kepada syarikat mereka berada di kawasan Gua Musang?

3) Sejak April 2012, adakah syarikat itu terlibat dengan penebangan balak dan pembersihan hutan di kawasan hutan simpan utama?

4) Jika ya, berapa banyak kawasan telah dibalak dan berapa banyak hasil daripada pembalakan ini?

5) Adakah syarikat mereka telah memulakan penanaman semula dengan LTC? Jika ya, di mana kawasan tanah yang ditanam semula setakat ini?

6) Adakah larangan parti DAP terhadap wakil-wakil rakyatnya daripada menjalankan perniagaan masih sah dan mengapa anda berdua dikecualikan daripada peraturan ini?

Ngeh Koo Ham mengaku terlibat projek pembalakan di Kelantan
http://www2.bharian.com.my/…/ProjekpembalakandiKel…/Article/

Aktivis alam sekitar sahkan banjir Kelantan disebabkan projek tanaman klon balak (LTC)
http://www.themalaysianinsider.com/…/adakah-projek-penguran…

Video: Pendedahan kemusnahan hutan akibat penarahan di Kelantan
https://www.facebook.com/rojakmalaya/posts/326600464197087

Tetapi kedua-dua mereka telah menafikan mereka menjadi punca, Tetapi MP Kota Melaka dah mengaku. Apa cerita?

K7L : DAP sesama sendiri pulak killing each other?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk