29/08/2014

Lim Guan Eng Cabar Ketua Polis Negara? Kembalikan ISA!




Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.
“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 


PPS bawah kerajaan negeri tapi diperalatkan untuk kerja parti DAP




Sejak bila pula PPS tidak perlu pakai helmet?



Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula meminta semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu. 

“PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.


Kalau ada kesalahan polis akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan 

“Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan siasatan polis,” katanya - Bernama


Mangsa-mangsa dipukul oleh ahli PPS DAP


Sebelum ini Lim Guan Eng DAP telah menuduh Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal sama sekali.

KPN mengesahkan bahawa PPS adalah satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.
Guan Eng DAP juga menyindir KPN supaya mengeluarkan kenyataan yang bernas dan waras dan bukannya kenyataan yang tidak masuk seperti itu.

Sila pergi ke Dr MiM untuk video Guan Eng Cabar IGP

K7L : Israeliyyat Malaysia = Guan Eng?

7 ulasan:

  1. Inilah akibatnya ISA dimansuhkan.. keamanan mula tergugat.. padtikan akta hasutan dikekalkan demi keamanan nrgara.

    ReplyDelete
  2. Tangkap aje ahli pps & masuk penjara dulu. Lepas tu cerita. Asasnya ia pertubuhan haram! Lagi bagus ketua menteri pp tu pun sekali sbb dia melindungi pertubuhan haram..! AG selidik la undang2 dan laksanakan, takkan nak tunggu benda straight forward aje.

    Lagi pun rayer tu dah kata umno pakai undang2 zalim, jadi apa tunggu lagi...

    ReplyDelete
  3. AG tak kan berani punya lah, nak lawan lidah biawak guan eng....melayu lagilah, PAS dah la teruk sangat bercumbu dgn DAP, mna nak peduli lagi.... Salah Sapa???? SALAH pemimpin yang mansuhkan ISA lah.... Bodoh punya pemimpin yang hanya tau nak ambil hati rakyat sehingga musuh2 NEGARA naik kepala tak lagi boleh dibendung .. Memang BODOH punya pemimpin yg terlibat memansuhkan ISA ....

    ReplyDelete
  4. PPS adalah gengster berlesin.
    Mereka di lindungi ketua menteri Lim Guan Eng.
    Satu hari nanti LGE akan mengheret Pulau Pinang keluar dari Malaysia macam Singapura.
    Ketika itu Melayu dan UMNO ternganga.Nasi dah jadi bubur.

    ReplyDelete
  5. Kenapa sebelum ini bila ramai mangsa yang dicederakan buat laporan polis tiada tindakan diambil?Kenapa sekarang baru nak kecoh? Adakah polis & KDN sedang tidur lena bersama Najib atau sebab arahan Najib supaya kaum cina dibiarkan sebab undi mereka lagi penting?Atau sebab Zahid Hamidi dah jumpa Guan Eng dan peluk2 macam Nazri Gay Boy. Minta Rosmah bagi pencerahan sikit.

    ReplyDelete
  6. X payahlah..nasi dah jd bubur. Ini kebodohan kerajaan. Dah mansuh nak sebok2 ada blk buat apa. Sendiri buat..sendiri tggung. Dulu sblm bubar x pakai otak..pakai kepala lutut

    ReplyDelete
  7. Kalau tak berani bertindak,sila letak jawatan.Jawatan KPN bukan untuk orang yang lembut.Banyak lagi Rahim Nor dalam polis yang yang boleh ganti.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk