07/08/2014

"Jangan Heret Rakyat Selangor Dengan Masalah Dalaman PKR!" - @Armand_PJU




Kemelut politik dalaman yang melanda Selangor nampaknya semakin teruk dan jika ia dibiarkan, pastinya yang akan menjadi mangsa ialah rakyat Selangor itu sendiri, ujar Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah.

Jelas beliau, kini secara jelas PKR membuka pekung mereka dengan menyatakan tentang salah guna kuasa, rasuah, kroni dan nepotisma yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diterajui sendiri oleh wakil mereka, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Pimpinan Tertinggi dalam PKR sendiri menyatakan sendiri perkara tersebut melalui notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Khalid Ibrahim semalam yang tersebar melalui laman-laman sosial, jelas membuktikan kerasukan kuasa PKR yang mempunyai agenda tersembunyi di Selangor, yang jelas menunjukkan gila kuasa dan politik kotor ciptaan mereka sendiri.

“Namun apa yang dikesalkan, mereka punya masalah menyebabkan rakyat Selangor pula yang diheret dalam kemelut permasalan mereka ini,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara.

Tambahnya, rakyat boleh melihat bagaimana kerakusan mereka ini mendahulukan kuasa politik tanpa mengambil kira kepentingan rakyat, jauh sekali keperluan dan kebajikan rakyat.

“Sehubungan dengan itu, kita minta pihak SPRM dan Peguam Negara untuk siasat dakwaan sesama mereka dalam isu rasuah dan salah guna kuasa ini.

“Kita boleh melihat dengan jelas mereka menyerang satu sama lain tanpa segan silu. Permainan politik rakus ini merupakan ciptaan dan rancangan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang mabuk kuasa sehingga terpaksa meletakkan isterinya sebagai Menteri Besar. Ini jelas amalan nepotisma tahap dewa.


“Kita juga boleh melihat ketaksuban penyokong-penyokong totok pakatan pembangkang ini yang membutakan mata dan memekakkan telinga dalam isu kerasukan pemimpin mereka di Selangor, sehingga tidak berani menegur dan mengkritik pimpinan mereka kerana diulit ayat-ayat manis pemimpin mereka sehingga mereka buta kepada kebenaran,” ujarnya lagi yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda, Pemuda UMNO Malaysia.MediaUMNO

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk