04/08/2013

Syed Ali Patut Sama-Sama Ajak Kak Ijat Berundur! #Pemilihan2013


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan Wanita UMNO supaya tidak membuat persepsi negatif kononnya akan berlaku perpecahan dalam pergerakan itu jika Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dicabar pada pemilihan parti akhir tahun ini.

Beliau berkata persepsi sedemikian dilihat sengaja dicipta untuk menggambarkan kepada umum hanya Shahrizat sahaja yang 'paling layak' menerajui sayap wanita.


Beliau bimbang kenyataan ?iklan murahan sesetengah Exco pergerakan itu yang kononnya hanya Shahrizat yang paling layak dikhuatiri akan menimbulkan perasaan tidak senang di peringkat akar umbi.



Sangkakala cakap :

Kenapa Syed Ali beriya sangat nak campur urusan wanita ni? Ada hati nak bertanding sebagai ketua wanita ke?

Sampai kata wanita bukan hak mutlak Shahrizat tu buat apa? Biarkan wanita membuat keputusan mereka sendiri, sebab bagi Sangkakala jangan mereka dibuat seperti kanak kanak yang tak tau buat apa apa, sebab mereka juga ada hak untuk membuat keputusan.

Okay! Sini Keris nak cakap sikitlah. Sememangnya Syed Ali atau Ketua Bahagian UMNO Cheras sepatutnya melihat cermin dahulu sebelum menyuruh Shahrizat Jalil berundur dari mempertahankan jawatannya.

Setuju untuk mendesak Kak Ijat berundur memandangkan Wanita memerlukan perubahan malahan Ketua Wanita yang diperlukan lebih garang dan tegas kerana nak melawan Pakatan kena tegas bukan dengan hanya berucap menyingsing baju di lengan.

Tetapi Syed Ali juga haru s ingat sehingga hari ini Cheras tetap tewas. Bukan nak cerita pasal komposisi kaum tapi kena sedarlah yang kamu tak dapat deliver sesuatu yang rakyat Cheras mahukan.

Maka dengan ini disarankan Syed Ali bersama-sama Kak Ijat untuk berundur segera. Tak payah nak suruh sana sini. Sendiri boleh jalan dulu okay?

K7L : Cheras ni memang dah tak ada orang lain ke?..

1 ulasan:

  1. mmg betul..aku pun dah naik muak ngan syed ali tu..kalau ada kena mengena ngan syahrizat...komfom dia lantang bersuara...sebenarnya dia tu yg buat iklan murah...

    azhar

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk