07/04/2018

Sejak Jadi Kuda DAP, Mahathir Suka Sangat Menghina Orang



Itu tugas baru Mahathir? Menghina orang sahaja kerjanya. Hina orang Bugis. Hina orang jual nasi lemak. Hina orang kerja sebagai pemandu Grab. Hina ibadah umrah Dato Seri Najib. Hina orang pergi haji dengan duit 1MDB dan hina orang Dusun di Sabah.

Nampaknya Mahathir sudah tidak ada modal lain menjelang PRU14 ini. Inilah sahaja caranya, menghina orang lain untuk meraih undi. Pada waktu sekarang ini, yang Mahathir tidak hina dan dianggap suci adalah DAP sahaja.

Orang lain habis dihina dan dituduh macam macam oleh Mahathir. Tuduh Datuk Seri Najib sembah duit. Kata macam macam kepada Datin Seri Rosmah dalam ceramah dan ugut hendak buang penjawat awam. Mahathir ingat dia seorang sahaja yang betul, orang lain semua tidak betul.

Namun Mahathir sampai ke hari tidak rasa terhina bila dipanggil sebagai kuda tunggangan DAP. Disebut lagi secara terang terang oleh Hew Kuan Yau, Superman DAP dalam ceramah DAP di Sandakan pada 16 September 2016.

“Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib. Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk 'Selamatkan Malaysia'. Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk 'Selamatkan Malaysia' termasuk memperalatkan Mahathir.

“Hari ini, aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew Kuan Yau. Sampai ke hari ini, Mahathir tidak pernah pun merasa terhina dipanggil sebagai kuda DAP oleh Hew.

Bukan sekali Hew menyatakan Mahathir sebagai kuda DAP. Dalam ceramah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Hew menggesa pengundi agar undi Aziz, calon DAP agar boleh digunakan untuk “screw” orang Melayu.

“Kerana Malaysia sudah jadi “negara ayam”… Kita selamatkan Mahathir, dan gunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew Kuan Yau ketika kempen PRN Sarawak pada 2016.

Mahathir dalam satu forum di Kuala Lumpur baru baru ini telah menghina orang Dusun sebagai pemalas.

Dalam froum tersebut, Mahathir berkata orang Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain di Semenanjung kerana masyarakatnya “bermentaliti rendah” dan pentadbir dua negeri itu yang tamak dan mahu meraih wang cepat seperti menjual hasil balak negeri ke luar negara.

Inilah cara Mahathir, dekat dekat dengan pilihanraya suka sangat menghina orang lain. Namun kuasa Allah SWT Maha Besar, semalam dalam satu sidang media di parlimen, Allah SWT tunjukkan siapa sebenarnya Mahathir.

Lihat video di pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1723463657748583&id=1122306847864270

Dalam sidang media itu, Mahathir ketika menjawab soalan mengenai tol tergagap gagap memberikan jawapan. Mahathir kena pandang muka ahli parlimen DAP iaitu Anthony Loke, Ahli Parlimen DAP Rasah dan Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang untuk mendapatkan jawapan.

Bila dua ahli parlimen DAP itu beri jawapan, baru Mahathir jawab. Bukan satu soalan tetapi banyak soalan yang jawapannya ada pada DAP. Allah SWT sudah tunjuk bagaimana DAP mempergunakan Mahathir. Allah SWT sudah tunjuk bagaimana DAP memperkudakan Mahathir.

Belum lagi menjadi "Perdana Menteri Sementara", DAP sudah tunjuk siapa sebenarnya yang berkuasa. Ini baru jadi calon kepada PM Sementara, sudah diperkudakan begitu sahaja oleh DAP. Dulu kita pernah lihat bagaimana Nizar diapit oleh Nga dan Ngeh di Perak.

Semalam, Allah SWT tunjuk bagaimana Mahathir diapit oleh Anthony dan Liew dari DAP. Sudah jadi sebagaimana yang disebut oleh Superman DAP. Mahathir sudah kena ‘screw’ dan sudah jadi kuda DAP.

Namun apa boleh buat, Mahathir sedikit pun rasa tidak malu diperkudakan oleh DAP. Malah mengaku lagi mahu guna logo DAP kalau hendak tanding pada PRU14. Jangan terkejut kalau DAP serahkan kerusi di Seputeh, Cheras atau Bukit Bintang kepada Mahathir dan Mukhriz.

DAP akan buat apa sahaja untuk kudakan Mahathir dan Mukhriz bagi mendapat kuasa. Mahathir pula seronok hina orang lain. Mahathir mahu rakyat Pantai Timur terus tertindas bila mahu batal projek ECRL. Mahathir hina orang Sabah dan Sarawak. Mahathir hina orang Bugis.

Rakyat Malaysia kena bagi kekalahan yang memalukan kepada Mahahtir dan pembangkang dalam PRU14 nanti. Balas balik semua penghinaan itu dengan menolak mereka dalam kertas undi nanti.

06/04/2018

Pakatan ‘Gila, Tak Siuman’ Batal Projek ECRL



Agaknya itulah cita-cita sebenar Tun M bila jadi PM sekali lagi, dia memang nak lihat Malaysia akan kembali menjadi mundur berpuluh tahun ke belakang demi melenyapkan kejayaan Najib! Tun M kata, Pakatan akan batalkan kontrak-kontrak besar dengan China termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bila menang PRU14.

Tun M, rakyat hari ini, tak serupa dengan nasib Tun anak-beranak dan kroni-kroni. Mereka tak ada jet peribadi, kereta mewah berjuta ringgit. Bukankah ECRL itu memberi manfaat besar kepada rakyat Pantai Timur? 

Sudahlah masa perjalanan makin pendek, bahkan pelbagai sektor seperti ekonomi dan sosial di negeri-negeri di Pantai Timur juga makin berkembang. Tak tahulah, kalau Tun M pun masih nak tindas orang Kelantan dan Terengganu macam dulu-dulu waktu dia jadi PM, dia sekat segala peruntukan dan kebajikan.

Bukan Tun M tak tahu China adalah rakan dagang terbesar Malaysia dalam industri kayu-kayan, minyak kelapa sawit, eksport durian dan sarang burung walit yang menyumbang pendapatan negara RM100 bil setahun! Bukan sikit jumlahnya Tun… Apa Tun fikir anak-anak dan kroni Tun nak ‘menderma’ untuk negara ke kalau Tun jadi PM lagi? Memang tak adalah, semua masuk kocek sendiri!

K7L : Mahathir ni rehat jela.. 

Video Penerangan Pasal GST Yang Mahathir Tak Suka?



Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia tidak 'membebankan' kerana ia telah membolehkan kerajaan mencatat peningkatan RM41bilion pada tahun lepas, berbanding di negara-negara lain.

K7L : Apa kata Ustaz ini adalah benar. Inilah gambaran yang mudah faham pasal GST.

'Berani Kerana Benar' Jadi Sebab Tan Seng Giaw Bakal Digugurkan?



Sekarang ini bertiup kencang desas desus yang mengatakan Dr Tan Seng Giaw bakal digugurkan daripada menjadi calon DAP pada PRU14 akan datang. Kalau benar, memang bukan satu perkara yang pelik.

DAP memang takkan simpan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka, yang dilihat membantutkan misi parti untuk menguasai Putrajaya. Dr Tan pula kebelakangan ini lantang menyuarakan pendapatnya yang bertentangan dengan pendirian DAP.

Antaranya, beliau mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak tak terlibat dalam isu 1MDB. Kata Dr Tan, beliau hanya bercakap atas dasar kebenaran. Selain dari itu, keperibadiannya bukan saja sangat disenangi pengundi, malahan sebilangan besar pemimpin DAP. 

Faktor inilah menyebabkan dirinya berpotensi besar untuk disingkir. Konon laung parti demokrasi, tapi cakap tak serupa bikin!  

K7L : Steady Dr Tan!..

Umum Manifesto Dan Ubah Selepas 17 Hari - Penipu Punya Parti!



Ibarat sebuah tin kosong, berbunyi bingit namun tiada erti - itulah sebaik-baik perumpamaan menggambarkan janji-janji manis diberikan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah sebelum manifesto dibentangkan, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menunaikan janji yang diucapkan, kononnya tidak cukup dana.

"Kita tidak akan membuat kenyataan yang kita tahu tak boleh tunaikan, melihat kepada kedudukan ekonimi semasa negara," kata Mahathir, dipetik NST.

Dan baru 17 hari sahaja selepas melancarkan manifesto, didalam temubual bersama Singapore Sunday Yimes, Mahathir sekali lagi mengakui bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan semua janjinya.

"Kadangkala, saya rasa bahawa kita mungkin tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji. Parti kami, rakan-rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis. Mereka suka memberi kepada orang ramai.

"Saya beritahu mereka ianya tidak boleh ditunaikan. Anda mahu memansuhkan semua tol lebuhraya? Saya kata, lihat, kita perlu menyelenggara jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan.

"Dari mana anda mahu mendapatkan wang jika anda mahu menyelenggara semua lebuhraya sendiri? Tetapi mereka mahukan populariti, jadi mereka lebih gemar memberikan janji," kata pemimpin 93 tahun itu, walaupun ahli-ahli pembangkang lain pasti bahawa pemimpinnya akan menunaikan janji manifesto mereka.

Sementara Pakatan Harapan sebelum ini berjanji untuk menghapuskan semua tol didalam negara, Mahathir dalam temubual sama berkata, "Saya tidak boleh terima kita akan memansuhkan tol."

Walaubagaiamanapun, semalam (3 April), bekas Perdana Menteri itu menjelaskan dalam sidang media, pemansuhan tol boleh dilaksanakan "berperingkat-peringkat" dan "mengikut terma kontrak" dengan semua konsesi, katanya dipetik Malay Mail,


Sementara, Pakatan harapan turut berjanji untuk memberi pendidikan percuma, Bernama melaporkan bahawa Mahathir menyatakan beliau tidak berniat untuk memberikan pendidikan percuma, tetapi memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak.

"Biasanya, benda percuma dianggap sebagai tidak bernilai.. Oleh itu, Pakatan Harapan akan menawarkan biasiswa di semua peringkat pendidikan," ujarnya.

Pada masa sama juga, beliau ingin menghapuskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika pembangkang menang PRU14 - ekoran katanya kos projek bernilai RM55 bilion dan tidak menguntungkan apabila ianya siap kelak.

"Kita akan hentikan (ECRL) dimana ianya sudahpun mula dibina," tambahnya.

Salah satu janji populis Pakatan Harapan adalah untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% dan mengembalikan 10% dan 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) - mendakwa ianya bukanlah satu masalah kerana terdapat pelbagai sumber dan inisiatif lain untuk meningkatkan pendapatan negara.

Walaubagaimanapun, sementara Pakatan Harapan dilihat begitu yakin dengan tindakannya tidak akan menjejaskan negara, pakar ekonomi dari Bank Dunia menyatakan kebimbangannya kerana negara sudahpun mengutip RM41 bilion menerusi GST akan meningkatkan cukai-cukai lain dan mengurangkan perbelanjaan atau membuat perbelanjaan defisit.

Tindakan ini dilihat sebagai tindakan kebelakang ekoran SST merupakan sustem lama yang sudahpun ditolak 160 negara lain didunia, dan Malaysia, dibawah pimpinan Mahathir, sekiranya Pakatan Harapan menang, akan menjadi negara pertama membuat pusingan-U ini.

Jelas, kesemua pusingan U termasuk banyak lagi oleh Mahathir merupakan gambaran bahawa pembangkang kini tidak sehaluan dan setiap satu daripadanya mempunyai agenda tersendiri bahawa mereka sanggup menggadaikan prinsip mereka demi manfaat jangka pendek.

- mD


K7L : Apa punya tur...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk