05/04/2018

Ringgit Diramal Bawah RM3.80 Jika BN Menang



Ringgit dijangka mencecah bawah RM3.80 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Jangkaan itu didorong oleh asas ekonomi negara yang sedia kukuh dan kemenangan BN bakal memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur.

Dengan mengambil kira pembangunan yang dijalankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang sembilan tahun memerintah, maka trend pengukuhan ringgit akan berterusan.

Ia bukan sekadar cakap kosong malah Ketua Pakar Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Selatan, Standard Chartered Bank, Edward Lee pada 30 Mac lalu meramalkan ringgit dijangka mencecah antara RM3.70 dan RM3.75 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada separuh kedua tahun ini.

Edward menyatakan demikian berdasarkan kepada pertumbuhan global yang telah meningkat berbanding beberapa tahun lepas disebabkan penurunan harga komoditi, dengan pertumbuhan pasaran pesat membangun yang selari dengan pasaran maju.

Dengan pengukuhan ringgit ini, Malaysia akan mengalami kesan limpahan positif termasuk kemasukan lebih banyak pelabur asing di negara ini.

Namun ketika negara dalam usaha mengukuhkan ekonomi, pembangkang pula melemparkan pelbagai tohmahan jahat termasuk negara hendak bankrap, cuba menjual negara kepada China dan hutang yang tinggi. 

Meskipun tuduhan itu tidak benar namun mereka hanya mahu memburukkan imej negara di mata dunia.

Amat malang jika rakyat mengundi pembangkang kerana mereka hanya menabur fitnah sedangkan kerajaan mempunyai angka dan fakta untuk membuktikan perkembangan ekonomi negara.

Selepas kemelesetan ekonomi global pada 2008-2009, ekonomi Malaysia terus berkembang malah ketika harga minyak dunia mengalami kejatuhan, negara ini masih kukuh dengan ekonominya berkembang 4.2 peratus ketika itu.

Bukan itu sahaja, Bank Dunia juga telah membuat penilaian semula untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia bukan sekali tetapi sebanyak tiga kali. Ia berikutan pencapaian negara ini adalah di luar jangkaan.

Jadi apabila ada pembangkang yang cuba mempertikaikan kewangan negara, maka mereka sebenarnya mempertikaikan pengiktirafan badan antarabangsa yang telah memberikan penarafan `A' kepada Malaysia.

Bukan mudah untuk Malaysia memperolehi penarafan berkenaan kecuali dibuktikan dengan perkembangan ekonomi negara dan itu yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Jika badan antarabangsa pun boleh dipersoalkan oleh pembangkang, maka tahulah kita bahawa mereka sebenarnya sengaja mahu memburukkan negara dan kerajaan. Mereka tidak berminat pun untuk mendapatkan penjelasan apatah lagi melihat kejayaan ekonomi Malaysia di bawah Najib.

Pembangkang inilah yang patut ditolak kerana kita mahu kerajaan BN di bawah pimpinan Najib meneruskan lagi kecemerlangan ekonomi negara. Ini bukan cakap kosong tapi adalah realiti dan kesinambungan daripada apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri ketika ini.

K7L : ini baru A!..

04/04/2018

Cerita Pasal Felda - Dah Bankrap?



Sejak Felda ditubuhkan pada 1956 hingga kini, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan di bawah PM Najib Razak. Ia termasuk peruntukan RM2 bilion untuk pembesaran rumah peneroka Felda, pemberian enam insentif dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Program model baharu lot perumahan generasi baharu Felda turut menjadi pemangkin dalam memastikan kemampuan pemilikan rumah oleh generasi kedua. 

Kerajaan juga mengumumkan pemberian peruntukan RM14 juta kepada 14 tanah rancangan Felda bagi pembinaan infrastruktur dan kerja-kerja membaik pulih 14 masjid di kawasan terlibat. 

Pemberian pelbagai inisiatif ini membuktikan  kerajaan melakukan yang terbaik buat warga FELDA bermula dari era Allahyarham Tun Abdul Razak lagi hinggalah sekarang.

K7L : Celah mana tah nak bankrap..

Kalau Bukan PM, DAP Tagih Dua Jawatan Penting!



Strategi politik DAP penuh muslihat. Di sebalik manifesto Pakatan menghalang sesiapa yang jadi PM memegang jawatan lain di dalam kabinet, ia sebenarnya ‘membuka jalan’ parti dinasti Lim itu untuk pegang jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri. 

Malah dua jawatan itu, bagi DAP adalah sangat penting untuk mereka sebab mereka boleh kawal dasar kewangan dan perundangan, yang sekaligus membolehkan mereka mengubah struktur asas Malaysia!

Bukan itu sahaja, kesungguhan DAP melaungkan pengurangan kuasa PM juga ada ‘hidden agenda’. Memandangkan mereka tahu PM perlu dilantik di kalangan orang Melayu dan Islam, maka cara begini digunakan supaya cengkaman kuasa mereka dapat dilakukan secara perlahan-lahan.

Bukti taktik DAP ini sebenarnya boleh dilihat waktu krisis MB Perak dahulu. Bila mereka gagal rebut jawatan MB Perak, DAP yang menang majoriti kerusi DUN mewujudkan jawatan khas exco kanan untuk Ngeh Ko Ham – strategi untuk lebarkan pengaruh dan kuasa DAP dalam kerajaan negeri.

Apakah parti-parti Melayu dalam Pakatan masih tak nampak kelicikan DAP ini?

K7L : Orang tak nampak betapa bahaya mereka ini..

Video - Rakaman Suara Mat Sabu, Anwar Ibrahim Dan Mahathir Mohamed?



Dengar dengan teliti setiap bait-bait mereka. Amati betul-betul dan buatlah keputusan. Keris tak mahu cakap banyak. Dengar sendiri. Inilah politik mereka.




K7L : Gila kan?..

Kapal Layar Equnimity Tiada Kaitan Dengan 1MDB



Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dengan tegas menyatakan bahawa kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia tidak ada sebarang kaitan dengan syarikat berkenaan.

Kapal Equinimity yang disita kerana tuduhan penggubahan wang haram itu tiada kaitan dengan 1MDB. Perkara itu diperkukuhkan lagi apabila mahkamah daerah Jakarta Selatan akan mengadakan pra perbicaraan pertama yang difailkan oleh Equanimity Cayman berhubung tindakan berkenaan.

Pra perbicaraan berhubung sama ada tindakan agensi penyiasatan jenayah polis Indonesia menyita kapal layar berkenaan sah atau tidak akan diadakan dalam masa terdekat. Hujung Februari lalu, polis Indonesia menahan kapal layar itu di Tanjung Benoa, Bali atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan AS, FBI.

Dalam temubual bersama Tempo, Arul Kanda juga menafikan dakwaan mengenai hubungan Jho Low dengan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz. Menurutnya, peranan Jho Low ialah sebagai broker mengikut hubungan dekatnya dengan pengusaha Asia Barat termasuk Petro Saudi, sebuah syarikat minyak yang berpusat di A-Khobar, Arab Saudi.

Lihat temubual Arul Kanda di SINI

1MDB juga tidak campur tangan dalam penggunaan AS$3.5 bilion yang dibayarkan pada Aabar BVI atau dua bon yang diterbitkan. Beliau berkata Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan isu 1MDB sebagai senjata sejak tahun 2015 lagi.

RM42 bilion yang didakwa hilang oleh pembangkang, katanya, adalah hutang 1MDB berhubung nilai tukaran ringgit yang merosot pada suku pertama tahun 2014.

Dalam sebuah laporan penyiasatan di media yang sama, Tempo menyiarkan tajuk berita rasuah 1MDB dan hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia pertengahan Mac lalu. Tuduhan Tempo itu tidak benar.

Kemudian, Mahathir yang mengakui menggunakan media asing dan bantuan luar negara cuba membuat persepsi tentang cerita Jho Low dan kapal layar ini.  Satu saman sivil dipercayai difailkan oleh orang suruhan Mahathir kepada DOJ berkaitan sejumlah dana yang dikononnya diambil secara salah dari 1MDB.

Sejak saman berkenaan difailkan, sehingga kini tidak ada sebarang prosedur perbicaraan dijalankan berkaitan dana berkenaan. Bukan sahaja tidak ada sebarang prosiding undang-undang, tiada asas kukuh untuk menyokong dakwaan dakwaan berkenaan.

Malah di Parlimen Switzerland, sudah dua kali usul yang sengaja dibuat untuk menuduh 1MDB mengubah wang haram telah ditolak di sana. Baca SINI

Kes berkaitan 1MDB itu juga terbukti tidak berasas apabila tindakan merampas kapal Equanimity yang dibuat oleh DOJ itu kini ditentang dalam mahkamah di Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Sebuah syarikat Equanimity (Cayman) Limited selaku pemilik sah kapal mewah itu menyifatkan tindakan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia adalah melampau dari had perundangan masing-masing dalam itu berkenaan. Syarikat itu sudah memfailkan dokumen untuk mencabar tindakan berkenaan di mahkamah kedua-dua negara.

Mereka mendakwa, pihak DOJ sendiri menangguhkan kes berkaitan aset berkenaan tahun lepas dan tidak ada langkah diambil membuktikan berlaku sebarang salah laku, tetapi menyita kapal berkenaan di Indonesia ketika perintah penangguhan yang dikeluarkan masih sah.

"Tindakan DOJ memfailkan (kes) di California adalah usaha untuk menggunakan dakwaan yang boleh dipertikaikan mengenai tindakan yang diambil sebelum ini bagi menutup tindakannya sendiri yang bercanggah dengan undang-undang di Indonesia.

"Seperti ditunjukkan dalam dokumen mahkamah yang difailkan Equanimity (Cayman) Limited, tindakan DOJ hanya akan menjejaskan nilai kapal terbabit dengan ketara, selain mendedahkan anak kapal kepada bahaya.

"Tindakan itu tidak perlu sama sekali kerana kami sentiasa sedia menjual kapal berkenaan sementara kes DOJ masih berjalan. Sekiranya jualan dibuat berdasarkan keadaan pasaran yang mencerminkan nilai sebenar dan mendapat harga yang adil," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Equanimity (Cayman) Limited di London, pada 30 Mac 2018.

Dengan perkembangan berkaitan, dakwaan Mahathir dan pembangkang bahawa kapal Equanimity ada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali. Kapal layar inilah punca tuduhan kononnya ada duit dicuri atau kleptokrasi dibuat dan diada adakan.

Kapal layar itu dibeli bukan dengan duit 1MDB, baca SINI 

Bila sudah terbukti kapal layar itu tiada kaitan dengan 1MDB, terbukti juga tuduhan pencuri dan kleptokrasi yang dibuat oleh Mahathir dan pembangkang itu adalah tidak benar sama sekali.

Cerita ini diulang ulang berkali kali oleh pembangkang untuk membuat persepsi kononnya ada duit 1MDB dicuri dan hilang untuk membeli kapal layar.

Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jika datang lagi dakwaan sebegitu, jawablah dengan yakin bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Tiada wang 1MDB yang kena curi. Kapal layar Equnimity dan Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB. Ianya hanya persepsi yang direka oleh pembangkang semata mata.

K7L : Apa lagi?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk