04/04/2018

Parti PPBM Sudah Terkubur, Mahathir & Muhyiddin Buat Bodoh Sahaja



Parti PPBM entah ke mana, bakal melingkup dan terkubur kerana masalah dalaman yang amat kritikal. Mesyuarat cawangan tidak dibuat, ahli ramai ramai keluar parti dan sampai ke hari ini Mahathir segan hendak umumkan berapa jumlah sebenar ahli parti PPBM.

Pengerusi dan Presiden parti PPBM sibuk hal lain daripada menyelesaikan masalah asas parti iaitu cawangan dan bahagian parti tidak boleh bermesyuarat dan ahli parti ramai ramai keluar parti.

Memang benarlah, PPBM ini hanyalah alat sahaja untuk membolehkan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz bersekutu dengan DAP, PKR dan PAN dalam pembangkang.

10 Mac 2018, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan membatalkan parti PPBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki ROS dalam masa 30 hari, bermula dari 28 Februari lepas.

Notis sudah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh. Mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan, PPBM boleh dibubarkan oleh ROS jika ingkar notis tersebut.

Dalam tempoh 30 hari itu, lihatlah apakah ada usaha daripada Mahathir dan Muhyiddin untuk selesaikan notis tersebut? Tidak ada. Mahathir sibuk ‘hijacked” forum, sibuk “hijacked” taklimat di Parlimen, sibuk buat demoknstrasi di parlimen dan sibuk pandu kereta Porshe dalam hujan untuk tunjuk kuat.

Anak Mahathir pula sibuk main dengan kucing berharga RM200,000 daripada menyelesaikan hal parti PPBM. Kucing lebih berharga dari ahli ahli PPBM. Sama juga dengan Muhyiddin yang semalam sibuk pula berdemo di Sogo hendak mansuhkan GST.

Muhyiddin jadi jahil bab GST. "Mereka kata GST letak rakyat dalam kesusahan...terbeban dengan cukai yang lebih tinggi. Sedangkan pendekatan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk mengelakkan rakyat terbeban, banyak barang yang dikecualikan cukai” ini yang Muhyiddin sebut pasal GST pada Ceramah Perdana di Sungai Limau pada 30 Oktober 2013.

Semalam di Sogo, Muhyiddin kata GST sebagai cukai yang zalim. Muhyiddin kini sudah berjangkit virus mudah lupa daripada Mahathir. Muhyiddin kini sudah jadi jaguh “u turn” macam Mahathir juga.

Hal parti PPBM yang hendak kena bubar, lansung tidak diambil peduli oleh Mahathir dan Muhyiddin. Mereka berdua buat bodoh sahaja. Pada 29 Mac lepas, Pegawai Media PPBM, Mohd Ikhmal Abu Bakar menyatakan bahawa semua dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada ROS.

Dokumen apa yang diserahkan? Dokumen yang palsu dan tipu? Sama sebagaimana Mahathir menipu 1.4 juta tandatangan dahulu? Seorang ahli PPBM daripada Gombak, Mohd Azimin Muhamad menyatakan “Mesyuarat apa? Bukan sahaja di Selangor, kami menghubungi rakan kami di Pulau Pinang, di sana pun PPBM adakan mesyuarat cawangan dan mesyuarat Bahagian”.

“Jadi dokumen apa yang dihantar kepada ROS?” soal Azimin lagi. Nampak sangatlah Mahathir dan Muhyiddin “main main sahaja” wujudkan parti PPBM yang ditubuhkan pada 8 September 2016. Belum pun sampai dua tahun, sudah hancur dan melingkup parti ini.

Semalam sudah terdengar ura ura, semua calon PPBM di kawasan Melayu akan gunakan logo PKR manakala di kawasan majoriti bukan Melayu akan gunakan logo DAP untuk bertanding dalam PRU14.

Dari 8 September 2016 hingga tarikh luput PPBM pada 30 Mac lepas, usia sebenar PPBM hanyalah 19 bulan sahaja atau 76 minggu sahaja. Parti Semangat 46 tahan lebih lama, sampai 9 tahun. Mahathir buat parti tahan 19 bulan sahaja, tidak sampai pun dua tahun sudah lingkup.

Macam mana Mahathir hendak minta masa lagi selama 2 tahun untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi, parti bunga pun lingkup dalam masa kurang daripada 2 tahun. Hal logo pun Mahathir kata 2 hari sahaja boleh siap.

28 Julai 2017, Mahathir kata dalam Malaysiakini bahawa beri masa dua hari sahaja dan dia akan siapkan logo Pakatan Harapan. Idea satu logo, satu manifesto dan satu parti ini juga idea Mahathir pada November 2016 ketika bercakap di Shah Alam.

Sejak Julai 2017 sampai sekarang bukan lagi 2 hari. Sudah berbulan lamanya. Logo Pakatan Harapan tidak siap pun dalam masa 2 hari. Buat manifesto pun, dalam masa 17 hari sudah “u turn”.

Parti PPBM pun sudah terkubur. Logo Pakatan Harapan yang seperti hidung Mahathir pun turut masuk kubur sekali. Sebab itulah orang Afrika cakap mereka tidak mahu pemimpin yang lanjut usia, kerana hanya memimpin mereka ke kubur sahaja.

Rakyat jangan jadi bodoh sama menyokong pembangkang seperti ini. Parti yang mereka buat sendiri, logo yang mereka buat sendiri, ahli PPBM sendiri, semua ini tidak pun dijaga diambil tahu. Mereka buat bodoh sahaja. Dengan rakyat biasa, lagilah. Tunggu masa sahajalah untuk diperbodohkan kalau terikut dengan mereka.

K7L : Mereka bukan peduli pun..

03/04/2018

Tun M, Siapa Sebenarnya Pinggir Sabah dan Sarawak?



Tun M, sejarah tak pernah menipu… Di kala Tun M tuduh kerajaan PM Najib Razak pinggirkan Sabah dan Sarawak, Tun M sedar tak selama 22 tahun jadi PM dulu apa kemajuan yang dibawa kepada dua negeri itu? 

Sabah dahulu, pernah jadi negeri termiskin di Malaysia bila Tun M ambil hak rakyat di sana, kemudian bila ada pemimpin tempatan lawan, Tun M sumbat dia bawah ISA. Begitu juga Sarawak. Tun M baru-baru ni kata dia akan semak semula Perjanjian Malaysia 1963 kalau Pakatan menang PRU14. 

Tun M lupa ke, dia sediri yang hapuskan keistimewaan dan hak orang Sabah dan Sarawak berkaitan pembekalan elektrik, industri gas dan industri tenaga. 

Berbeza dengan Tun M yang jadi PM berpuluh tahun, Najib yang baru jadi PM tak sampai 10 tahun dah bawa pelbagai manfaat untuk rakyat Sabah dan Sarawak yang ‘diabaikan’ waktu Tun M dahulu. 

Pemimpin tempatan diberi ruang yang besar dalam kabinet, sentiasa adakan perbincangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembangunan semakin pesat, ekonomi semakin berkembang malah peruntukan kepada Sabah dan Sarawak semakin bertambah setiap tahun. Zaman Tun M dahulu, ada buat macam ni?  

K7L : Ini manusia yang hancurkan dari dalam..

11 Insentif Untuk Syarikat PKS Bumiputera - Jangan Tak Rebut Peluang!



11 INISIATIF BARU UNTUK SYARIKAT PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA*

Sebanyak RM2.9 bilion telah diperuntukkan bagi menyokong para usahawan Bumiputera di Malaysia. Berikut adalah senarai insentif dan dana yang telah diumumkan baru-baru ini:

✅ RM50 juta untuk Penyenaraian Syarikat PKS di pasaran LEAP atau LIVE

✅ RM40 juta untuk Insentif Program Local to Global Corporation Ascend 800 atau LGC 800

✅ RM60 juta dana insentif bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2019

✅ Melanjutkan Galakan Elaun Peningkatan Eksport bagi SME sehingga tahun 2020

✅ RM50 juta untuk 10,000 PKS Bumiputera dalam tempoh 3 tahun melalui pelaksanaa WIRA eDagang DFTZ

✅ Insentif SpeedMeUp dengan peruntukan 50 juta ringgit di bawah SME Corp

✅ RM500 juta bagi mempergiatkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam Industri Peruncitan dan Pengedaran

✅ RM50 juta untuk melanjutkan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress dan RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada usahawan mikro dan kecil.

✅ Memperkasa TERAJU sebagai penyelaras tunggal bagi semua dasar dan program berkaitan Bumiputera di setiap peringkat Kementerian, agensi, koridor dan syarikat GLC.

✅ RM50 juta di bawah Dana Insentif Pelaburan bagi melonjak pemilikan ekuiti Bumiputera yang terlibat dalam sektor strategik terpilih.

✅ RM2 bilion untuk Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua

K7L : Ada peluang jangan tak ambil...

Video - Muhyiddin Akui GST Sebenarnya Bagus!



Ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering membidas pakatan pembangkang kerana cuba menakut-nakutkan rakyat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada April 2015.

Malah beliau juga meminta rakyat supaya tidak perlu risau kerana hasil kutipan GST bukan untuk kegunaan beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Menteri Kabinet lain sebaliknya akan dipulangkan semula kepada rakyat.

Malangnya selepas menyertai Pakatan Harapan, nada percakapan juga sudah berubah, menjadi cakap tak serupa bikin.

GST kini merupakan antara perkara utama yang dimainkan oleh beliau bersama pembangkang semata-mata untuk menarik perhatian pengundi. Walaupun Muhyiddin tahu cara pungutan GST itu lebih berkesan berbanding sistem lama, mereka tetap memutar belitkan perkara itu.

Kononnya GST telah meletakkan rakyat dalam kesusahan dan terbeban dengan cukai yang tinggi sedangkan GST mempunyai kebaikannya tetapi ia tidak dinyatakan pembangkang. Muhyiddin sendiri tahu bahawa sistem GST lebih berkesan kerana hasil pungutan cukai akan disalur kembali kepada rakyat melalui pembangunan dan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mengetahui mengenainya, kenapa beliau menyokong Akta GST ketika ia dibentangkan di Parlimen?

Malah suatu masa lalu, Salahuddin Ayub yang dulunya Naib Presiden PAS pernah mengajak Muhyiddin berdebat dengannya mengenai GST selepas Muhyiddin pada masa itu mendakwa PAS tidak mempunyai pakar ekonomi untuk menjelaskan soal GST yang baginya dilihat sebagai mengukuh ekonomi negara.

Dilihat dari aspek ini, ternyata Muhyiddin tahu mengenai GST tetapi bila sudah memasuki PH, beliau mungkin sudah tidak ingat lagi.

Apa yang pasti pembangkang cuba menjanjikan kononnya jika mereka berkuasa, mereka akan hapuskan GST sedangkan jika ia dilakukan maka Malaysia akan kehila­ngan sebanyak RM45 bilion daripada pemansuhan cukai itu.

Hakikatnya ia adalah kebenaran namun PH enggan mengakuinya. Mereka cuba menjanjikan bulan dan bintang namun hampa. Sebaliknya manifesto PH yang antara lainnya mahu menghapuskan GST itu adalah satu janji manis semata-mata.

K7L  : Midin dah pening..

Video - 7 Berita Palsu Yang Mampu Hancurkan Perpaduan Negara?



Berikut merupakan 7 #BeritaPalsu atau #PutarJaya pembangkang yang dapat kita ingati sepanjang zaman kerana kesannya kepada masyarakat amatlah besar. Sehinggakan ada orang awam yang dipukul sewaktu hari mengundi (PRU13).

Sedangkan ia hanyalah sekadar FITNAH sembrono yang mudah dipercayai bagi mereka yang tidak mengamalkan #Tabayyun sebelum #TibaiYun.

Semoga #RUUAntiBeritaPalsu dapat mengekang rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa penipuan Pakatan Harapan yang sentiasa mencuba untuk mencetuskan #HuruHara.


K7L : Jangan jadi munafik...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk