03/06/2015

Nik Abduh 'Fotostat' Nik Aziz? - Ikon Yang Ditakuti PasMa!


 

Nik Abduh antara yang lantang dalam menyerang kewujudan puak Liberal yang menjadikan PasMa sebagai satu platform untuk publisiti dan pilihan lain sekiranya mereka gagal tawan PAS dalam pemilihan.

Bukan baru hari ini Nik Abduh melawan gelombang liberalisasi PAS dan tangan ghaib DAP yang cuba mengait perjalanan dan perjuangan PAS yang sering menjadi Keldai terhadap tuntutan Pakatan Rakyat yang tidak menguntungkan PAS.

Nik Abduh juga menjadi mangsa serangan DAP kerana dilihat sebagai liabiliti sekiranya Nik Abduh ada pegang jawatan dalam PAS. Kini dia memilih untuk membersihkan Dewan Pemuda PAS dari anasir DAP.

Samada dia berjaya atau tidak semuanya terletak di tangan ahli PAS. Jika mereka terus mahukan DAP sebagai rakan dan tunduk dengan permintaan DAP, maka undilah Ahmad Awang, Mat Sabu, Suhaizan dan Zailah. Empat individu yang dikatakan telah 'dibeli' oleh tangan ghaib.

Apa kita lihat, cubaan sama seperti tahun 1980-an cuba dilakukan sekali lagi. Berjayakah puak liberal menanam terus puak Ulama yang dilihat sedang bangkit atau puak liberal terus hidup bagaikan Zombie dalam PAS?

K7L : Kalau perwakilan pun kena beli.. jangan mengaku pejuang Islam..

Lawak Guan Eng Pula Pasal Hudud Jadi Bualan!


02/06/2015

Pemilihan Dah Makin Dekat - Zuhdi Dedahkan Apa Kaitan DAP Dengan Liberal PAS?


 

Nampaknya tatkala pemilihan PAS diadakan minggu ini, akhirnya senjata berat daripada kem Ulama telah mula dikeluarkan satu persatu. Jika puak yang menentang Presiden PAS menyerang dengan profesional dalam PAS, maka Kem Ulama juga gunakan golongan Profesional sebagai senjata.

Dan yang menarik, penagruh Team Ulama 'Lama' juga akan diserapkan dalam dewan pemuda PAS bagi menguatkan lagi sokongan Team Ulama untuk terus menumbangkan Mat Sabu.

Macma biasa, UMNO juga yang akan dituduh sebab mereka sudah tiada modal. Kini Mat Sabu dan konco-konconya sedang sibuk 'membeli' para perwakilan PAS bagi memastikan Mat Sabu kekal dan Hadi ditumbangkan.

Kemungkinan besar kisah 'lampau' pemilihan PAS yang kata ada perempuan dan kemewahan mungkin akan berulang semula. Kita tunggu dan lihat kerana pencabar Timbalan Presiden PAS juga tidak kurang hebatnya.

Mungkinkah total clean out akan dilakukan. Kita akan lihat 'pembersihan etnik' berlaku dalam perang saudara PAS. Siapa yang akan dibenam. Mat Sabu atau Hadi. Semuanya ditangan ahli PAS yang konon mengaku tidak pernah tunduk kepada DAP.

K7L : Pelik..kenapa DAP sibuk dengan pemilhan PAS?..

Ketua Pemuda PAS Kuantan Serang Guan Eng Lagi?


 

Pendedahan yang pernah dilakukan oleh Ustaz Fadhli berkaitan PasMa dan kumpulan Hawai-Five-O memang sedang tidak senang duduk lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka yang bertanding.

Hari ini orang PAS yang selama ini dipanggil keldai DAP kena ubah persepsi itu. Kena berani untuk bergerak sendiri. Tahukah orang PAS sebenarnya DAP takut jika PAS tidak bersama kerana hanya Ahli PAS yang biasa mereka 'bodohkan' untuk berpanas hujan di jalanan.

Begitu juga dengan PKR, jika tiada sokongan PAS, maka PKR tidak mungkin menang di kawasan yang sedia ada. Keris sendiri jamin jika PAS berani untuk lawan dengan PKR, sudah tentu calon PKR akan kalah.

Habis kenapa diberikan peluang dan kuasa kepada pimpinan PKR jika PAS benar-benar kuat? Sekarang sendiri yang kena jawab. Bukan orang lain lagi. 

K7L : Siapa akan menang?..

Kini Giliran Khalid Samad Terbuka Tidak Sekufu Dengan Team Ulama PAS?


 

Wahhhhh!!! Khalid Samad pun sudah berani maaa.. Ini semua kena suap dengan DAP ke lawan Hudud dan Hadi? Nik Abduh yang dilihat sebagai model orang muda PAS lebih cenderung menyokong Haji Hadi sebagai Presiden, maka dia dilihat sebagai musuh oleh beberapa orang.

Apa sebenarnya yang DAP nak? Nampaknya 'mercenary' DAP dah mula tunjuk belang masing-masing. Tapi hati-hati ya, team Ulama ini umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Mungkin didarat belang upahan DAP bukan main ligat, bimbang dibenam ke sungai gigi yang tajam bisa tumpul tenggelam. Apapun kita tengok sahaja drama PAS ini. Sejauh manakah puak yang gilakan kuasa boleh pergi.

Kena ingat, jika mereka ini mudah dibeli maka dalam masa yang sama mereka juga mudah untuk dijual. Apakah yang akan berlaku kelak kita tak dapat jangka tapi untuk agak siapa yang menang, tersangatlah mudah.

Kita tunggu dan lihat tari siapa yang sumbang dalam gelanggang pemilihan PAS nanti. Yang berkungfu ajaran cauvinis DAP, yang meroyan ajaran PKR atau yang tenang kerana ikut perjuangan Allahyarham Fadzil Noor. 

K7L : Selama ini ada Nik Aziz mengapa mereka tunduk kepada PAS?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk