06/02/2015

Cubaan Naikkan Semangat 1998 Dengan Dakyah Anwar-Imam Mahdi?




Satu banner yang bertulis "Anwar Ibrahim Imam Mahadi Kita" telah menimbulkan kekecohan kepada orang ramai.. Banner yang digantung di persimpangan jalan di Kalumpang, Selangor tersebut dikesan semalam oleh orang ramai.

Tidak diketahui siapa yang menggantung banner tersebut, tetapi ia dipercayai berkaitan dengan Jelajah Rakyat Hakim Negara yang dianjurkan oleh Anwar dan Pakatan bagi menghadapi keputusan perbicaraan kes liwatnya pada 10hb nanti.

Seorang penduduk yang ditemui berkata, banner tersebut mungkin digantung oleh penyokong Anwar bagi menunjukkan kesetiaan mereka.

Anwar menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dan perbicaraan kes tersebut akan diputuskan oleh Mahkamah pada pertengahan minggu depan.

Jika sabit kesalahan, Anwar akan dipenjarakan minimum 5 tahun dan berisiko kehilangan karier politik beliau. Namun pada hemat Keris, cubaan untuk timbulkan semangat 1998 tidak akan berjaya.


Rakyat Malaysia tak bodoh dan mereka sendiri lihat siapa Anwar Ibrahim yang selama ini mempergunakan rakyat sahaja. 


K7L : Tak lama dah weyh..

05/02/2015

Perarakan Thaipusam Bertukar Trgaedi Di Singapura? - Untungnya Jadi Rakyat Malaysia!



Jika di Malaysia penganut agama Hindu meraikan Thaipusam dengan aman serta tanpa gangguan walaupun negara ini majoritinya beragama Islam, lain pula keadaannya di Singapura..

Di negara berkenaan, penganut agama Hindu terpaksa menyambut Thaipusam tanpa sebarang alat muzik serta bunyi-bunyian. Bayangkan perarakan Kavadi tanpa sebarang bunyi muzik.., begitulah keadaannya di Singapura.

Hari ini, berlaku satu kekecohan apabila Polis di negara tersebut dikatakan melakukan kekasaran terhadap para penganut Hindu yang sedang membawa Kavadi di Serangoon Road.

Polis didakwa telah menolak seorang wanita berbangsa India hingga jatuh ke lantai jalan ketika mahu menyuraikan perarakan kavadi yang diiringi oleh sejenis gendang yang dipanggil 'Urumi'.. Akibat dari insiden berkenaan, berlaku tolak menolak diantara peserta perarakan dengan Polis.

3 lelaki india telah ditahan kerana didakwa melakukan kekasaran kepada pihak Polis. Manakala video kejadian berkenaan telah menjadi viral di laman sosial serta menerima kecaman hebat dari minoriti rakyat beragama hindu di negara berkenaan. - Utaranews.com

Boleh tengok video pasal kes ini di SINI

K7L ; Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia..

DAP Dah Mula Arah 'Belaan' Dalam PAS Untuk Tutup Mulut Mustafa Ali?


 

Semua orang tahu, Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS juga bagaikan 'mulut dan telinga' buat Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Jadi setiap perbuatan dan kata-katanya terutama kepada media seolah-olah mendapat restu. 

Mat Sabu yang umum tahu dia dibayar 'gaji' melalui Perbadanan Air Pulau Pinang nampaknya telah mula mengeluarkan kenyataan membidas kata-kata SUA PAS dengan memberi sudut pandangan melalui jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Mat Sabu juga bukanlah peminat 'Nik Aziz' nampaknya sudah mula tunjuk belangnya memandangkan keadaan kesihatan orang paling berpengaruh di dalam PAS tidak berapa baik.

Di kesempatan itu Mat Sabu sudah mula menyusun langkah untuk menjadi 'king of PAS' sambil dibelakangnya berbaris pemimpin DAP yang menjadi 'suppoter'. DAP sudah mula ingin mengawal PAS.

Perjanjian 'Kelantan Milik PAS' nampaknya semakin pudar jika DAP terus menjadikan PAS sebagai boneka mereka. Apapun kini keretakan telah pun berlaku. Kumpulan-kumpulan kecil pemilihan PAS kini sudah menjadi besar.

Tidak sama seperti UMNO, PAS nampak lebih kasar dan sanggup 'bunuh' kawan untuk jawatan. Kita tunggu dan lihat. Pertembungan Mustafa Ali yang disokong pro ulama termasuk Presiden akan berdiri tegak ataupun rebah setelah terkena pukulan Mat Sabu yang menjadi keldai kepada DAP.

K7L : DAP ganti PAS?...

Harga Sijil Kahwin Naik Sebab 'Kos Hidup Semasa'? @myJAWI @NajibRazak



Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak nak kena pergi kursus untuk dapatkan sekeping kertas berharga tersebut.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.

Justeru harga RM85 yang merangkumi bayaran untuk yuran penyertaan RM80 dan sijil kursus (RM5) sebelum ini, meningkat kepada RM130 iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.

Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’.

Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.

Cuma sajalah nak bertanya, bukankah dalam Islam urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan?

Sebagaimana alasan JAWI dalam pekeliling ini tentang kenaikan kos hidup semasa, pernahkah terfikir pasangan Islam yang datang ke kursus pra-perkahwinan ini ada yang terdiri daripada mereka yang berjuang keras untuk hidup di kota wilayah namun nekad mahu mengikut sunah nabi menyambung umatnya.

Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah. Tidak tahu pula Keris kalau kajian itu tertulis atau tidak mereka yang mengambil kursus ini kebanyakan adalah pelajar?

Kenapa nak bebankan mereka kalau dah tahu tentang kos hidup semasa makin meningkat? Berapalah sangat kertas semua itu. Kalau nak jimat sangat pendekkan waktu kursus jadi kurang bayar dewan dan fasi. 

Padahal penerangan itu patut diringkaskan memandangkan kos hidup semasa tinggi, maka patut biarkan mereka dengan masa lebih untuk bekerja. Sarkastik bukan? Kertas yang harga seringgit kalau siap print pun tak sampai RM5 dah jadi RM10.

Mungkin selepas ini sijil ini jadi sijil emas zullian? Siapa tahu kan?

K7L : Makin mengarut.. orang tengah nak turunkan harga.. 

04/02/2015

@razlanrafii Buatkan DAP Lebih Panas Pasal #TurunkanHargaBarang



Isu : Penurunan Harga Barangan.

Sebagai pengguna, kami berhak untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada kadar harga yang berpatutan.

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia terutamanya apabila kadar harga minyak naik, maka peniaga juga akan berlumba-lumba menaikkan harga barang. Bukan sahaja melibatkan barangan mentah tetapi barangan makanan juga turut dinaikkan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.

Kenyataan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri harus dijadikan titik permulaan untuk pengguna berfikir dan mencapai persamaan rasa bagi menyokong memboikot mana-mana peniaga yang enggan menurunkan harga barangan.


Banyak peniaga Cina marah dengan kenyataan tersebut. Peniaga Cina merasa terancam kerana terdapat gerakan melindungi kepentingan pengguna secara besar-besaran. Tidak kurang juga yang menganggap kenyataan tersebut berbaur perkauman.

Namun tindakan sesetengah pihak yang dilihat bergabung atas dasar kepentingan kaum Cina sebagai orang tengah dan peniaga adalah sangat tidak bijak. Soal perkauman tidak timbul dan apa yang dikatakan oleh Menteri adalah kaum Cina merupakan kaum majoriti berperanan sebagai orang tengah dan peniaga. Dalam masa yang sama mereka juga mempunyai rangkaian besar daripada kalangan pembekal yang 'berkuasa' menentukan harga barangan keperluan harian. Maka tidak salah sekiranya gesaan ini disasarkan secara terus dan terbuka kepada mereka.


Tidak menjadi kesalahan juga sekiranya pengguna Cina bersama-sama memboikot orang tengah dan peniaga kerana isu barangan mahal adalah perkara yang melibatkan kepentingan semua pihak. Baik di peringkat pemimpin negara sehinggalah rakyat di bawah.

Persatuan peniaga Cina harus bersama mengambil positif saranan Menteri untuk menyarankan ahli-ahli mereka supaya menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak semasa tempatan.


Soal pengambilan untung yang melampau oleh peniaga bukan satu perkara yang baru, ini termasuk isu orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Oleh itu, kami menyarankan agar pengguna terutamanya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus memboikot barangan yang terlalu tinggi harganya supaya pihak berkepentingan tidak merasa selesa dengan apa yang telah mereka lakukan.

Fahami isu sebenarnya adalah melancarkan kempen memerangi orang tengah dan peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barang.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan)


K7L : Jika kecam cina terus jadi rasis.. jika mereka kecam Melayu?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk