01/01/2012

Demo AUKU Hadapan UPSI - Mereka Berkumpul Lagi Di Hadapan Klinik Syifa?

Mereka yang berdemonstrasi di pintu utama UPSI ini sememangnya mengikut skrip 'Bersih 2.0' sama seperti Anwar. Semua babak seakan mengikut permainan mereka. Anda boleh lihat setiap scene saling tak tumpah macam 'Bersih'.


Dan Keris mendapat berita bahawa sekarang ini 'minoriti mahasiswa' yang telah berperangai umpama 'beruk' semalam telah berkumpul semula di hadapan Klinik Syifa setelah Adam Adli dibebaskan daripada Lokap Slim River. Babak seterusnya yang seperti sudah dijangka, Khabarnya mereka ingin mengulangi demonstrasi cuma kali ini Keris yakin mereka akan cuba mempersoalkan 'kekerasan' polis semalam dan kononnya akan menuntut keadilan rakan mereka yang ditahan dan 'cedera'.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Nantikan kisah apa yang berlaku disana jika ada berita yang disampaikan pada Keris kelak..

Dr Asri Bidas 'Muhammad Bin Abdullah' Ciptaan Badrul?



INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membekaskan Masjid Aqsa.

Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.

Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkin jenis blog yang rasional dan persoalankan karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.

Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.

Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.

Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.

Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah...- AGENDA DAILY

Bercerita pasal isu ini, Keris rasa JAKIM perlu siasat dengan segera supaya tidak akan timbul lagi manusia yang taksub sebegitu sekali pada pemimpin mereka. Bimbang juga sekiranya ada rakyat yang terpengaruh dengan dakyah songsang politik pembangkang. Selesaikan segera polemik ini sebelum terlambat. 


Lihat juga video tersebut di SINI.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Selamatkan akidah rakyat Malaysia..

Huru-Hara V For Merdeka #Occupy Gagal?

Semalam Keris ada tulis tentang cubaan beberapa manusia yang mahu membuat huru-hara di dataran merdeka di SINI. Namum mengapa gagal?. Kerana mereka tidak berjaya mencetuskan impak ataupun kesan ketika 'berlakon filem hollywood' di dataran. 

Keris hubungi rakan seorang lagi disana, dia khabarkan hanya berapa kerat sahaja yang ada, tidak mewakili majoriti masyarakat Malaysia pun seperti yang digembar-gemburkan mereka. Cakap berdegar-degar rupanya berapa kerat je yang datang. Dia punya gebang macamkan beribu-ribu yang datang. 

Ini Keris beri satu gambar sebagai bukti mereka wujud tapi dalam kalangan minoriti sahaja. Sebenarnya mereka yang buat semua ini bukanlah membawa mesej majoriti seluruh masyarakat Malaysia, cuma mereka membawa mesej individu tertentu. Nak sangat tunjuk Malaysia ini negara yang tidak aman ya?. Jika itu niat anda semua, maaflah kerana anda telah gagal!


To mark the end of 2011 and the inception of the 2012 New Year, we are calling ALL to Occupy Dataran Merdeka with us on December 31st, 2011, at 11pm. This will be a participatory MASS FLASHMOB, symbolically expressing our common indignation against the many injustices and anti-democratic events that happened in Malaysia in 2011, in contrast to the positive significance of 2011 for the rest of the world. We want to collectively say ENOUGH IS ENOUGH; TIME FOR REAL DEMOCRACY NOW, in 2012!




GAGAL

GAGAL

GAGAL

Keris mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah turut serta bersama mereka kerana anda setia bersama dengan orang yang gagal. Ingatkan ramai sangat rupanya minoriti sahaja. Apapun, sayangi Malaysia, elakkan huru-hara dan jangan jadi 'beruk'.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Lain kali cerita jangan nak lebat..

Adam Adli Ditangkap? - Ada Kaitan Dengan 901?


Benar atau tidak berita ini Keris tak dapat sahkan. Difahamkan dia dan beberapa lagi rakannya telah ditahan ketika berdemo dihadapan pintu utama UPSI seperti gambar di bawah.



Dah kena tangkap tu bagus juga, biar mereka tahu Malaysia ini ada undang-undang dan dah jadi rakyat Malaysia kenalah patuh asalkan ia tidak memesongkan akidah. Mungkin juga mereka yang berdemo ini merupakan antara serpihan 'minoriti mahasiswa tunggangan Anwar' yang akan turun pada 901 nanti. 


Latihan asas sebelum program 'Jilat Anwar 901'?. Kepada mahasiswa seluruh Malaysia, jangan biarkan diri anda dipengaruhi kepentingan individu. Dah belajar tu buat cara belajar, jangan sibuk nak berdemonstrasi, sampai lupa awak belajar itupun ditanggung kerajaan. 




Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Korang semua yang sibuk nak berdemo ni elok rebus buku undang-undang pastu minum..biar paham lebih sikit..

Selamat Tahun Baru - 2012 - Happy New Year


365 hari dalam tahun 2011 telah berlalu. Cepat sungguh masa berjalan. Seperti angin yang bertiup. Sudah tentu 2011 banyak kenangan untuk para pembaca sama juga dengan Keris yang mana 2011 merupakan titik perubahan Keris kepada orang yang lebih berjaya dalam hidup setelah menempuh beberapa kegagalan. Ada yang kenangan manis, ada yang kenangan masin sikit-sikit dan ada yang kenangan tawar. Apa pun kita ambil semuanya jadikan teladan dalam hidup.

Semua sedang menyambut kedatangan 2012. Pastikan anda semua raikan dalam keadaan enjoy tapi janganlah sampai mabuk dan accident.

Keris sudah capai azam tahun 2011 dan sedang meneliti azam tahun 2012 pula.

Selamat tahun baru buat semua. Semoga 2012 yang mendatang dapat memberi seribu satu erti dalam kehidupan kita.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Selamat Datang 2012!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk