03/12/2011

Kronologi Kesesatan PAS!

Dipetik daripada blog Gelombang Kick





14.3.1991 - KELANTAN ANAK TIRIKAN FARIDAH MAT SAMAN
Kota Bharu, Rabu : Johan qariah ujian tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang paling lama, berkata walaupun berjaya dalam ujian itu tahun ini, tetapi ia tidak begitu bermakna kerana seolah-olah dianak tirikan oleh Kerajaan Kelantan.


30.4.1991 - PERLANTIKAN TIDAK BERCANGGAH
Baling, Isnin : Menteri Besar kelantan berkata perlantikan Ketua Dewan Muslimat Pas, Hajah Kalsom Othman sebagai Senator tidak bercanggah dengan kehendak Islam. "Tidak salah dalam Islam bagi wanita yang memegang jawatan dalam parti serta menjadi wakil kepada rakyat."


29.6.1991 - PAS HARAM WANITA MAIN MAKYONG.
Kota Bharu, Jumaat : Kerajaan Kelantan pimpinan Pas mengharamkan wanita Islam berumur 15 tahum membabitkan diri dengan semua kegiatan seni dan pertunjukkan kebudayaan termasuk Makyong dan drama pentas. Menteri Besar juga memberi amaran akan mengharamkan pertunjukan Dikir Barat, jika mereka terbabit menampilkan wanita sebagai penyanyi dan menggunakan perkataan lucah dalam persembahan mereka.


LARANGAN PAKAI GINCU MELAMPAU.
Kota Bharu: Datuk Nik Aziz melarang kakitangan wanita bersolek termasuk memakai gincu bibir. (Utusan Malaysia 12.8.1996)


20.7.1999 - KELANTAN AMNIL PEKERJA WANITA KURANG RUPAWAN.
Kota Bharu, Isnin: Wamita yang tergolong dalam kategori 'rupawan' mungkin terpaksa berfikir dua kali sebelum memohon untuk bekerja di Kerajaan Negeri Kelantan pada masa akan datang. Ini berikutan Nik Aziz membayangkan kemungkinan mangambil wanita kurang rupawan sebagai kakitangan kerjaan selaras dasar terus memberi wanita bekerja.


17.3.1999 - PAS KAJI LARANG WANITA BEKERJA
Kota Bharu, Selasa : Kerajaan Pas Kelantan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Nik Aziz berkata tidak adil membiarkan wanita bekerja kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggug kehidupan keluarga.





21.7.1999 - WANITA RUPAWAN SENANG DAPAT SUAMI KAYA.
Kota Bharu, Selasa : Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Oleh itu, katanya jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan masalah kepada mereka.


18.2.2000 - KELANTAN KAJI LANTIK PEGAWAI WANITA PENCEGAH MAKSIAT
Kota Bharu, Khamis: Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan untuk melantik pegawai pencegah maksiat wanita yang bertanggungjawab menangkap dan mengintip kes jenayah syariah, termasuk kes maksiat membabitkan wanita.


26.5.2001 - NIK AZIZ BENARKAN WANITA SERTAI TILAWAH AL-QURAN
Kota Bharu, Jumaat : Nik Aziz berkata Kelantan akan membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran mulai tahun depan tetapi terhad kepada tilawah anjuran kerajaan negeri sahaja. "Ini kerana tilawahyang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri tidak mengambil kira lagu dan kemerduan suara seseorang qariah".
Anda mampu ubah dan pasti ubah..


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ini kalau masih ada yang mahu sokong PAS..tak tau lah nak cakap apa lagi..

02/12/2011

#PAUMNO : UMB Terjah DS @ZambryAbdKadir!!!

Malam semalam Keris dan 9 rakan bloggers daripada Unit Media Baru PPUM berpeluang untuk bersembang secara santai bersama Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Peluang ini kami gunakan untuk bual bicara dengan menyentuh pelbagai isu.

Antara isu yang yang diutarakan adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mempunyai 50 Tumpuan yang terbahagi kepada 4 Fokus iaitu Ekonomi, Modal Insan, Infrastruktur dan Kehidupan Rakyat dengan gagasan "Mensejahterakan Rakyat & Memakmurkan Negeri" dengan anggaran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM865.12 juta.


Bloggers MIM ada bertanya mengenai laporan palsu yang menuduh beliau sebagai pengganas yang disyaki telah ditahan diluar negara seperti yang telah disiarkan oleh Suara Keadilan dan beliau menjawab, " Ini semua hanya tuduhan pihak disebelah sana yang mahu mengurangkan keyakinan rakyat kepada saya dan mahu memburukkan UMNO dan Barisan Nasional".

Dan seperti yang diberitahu semalam, mahkahmah telah mengarahkan Suara Keadilan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. "Ini bukan soal wang 100 juta, 200 juta mahupun 1 Billion tetapi ini soal peribadi dan maruah! dan berapa banyak pun yang mereka bayar, wang tersebut akan disalurkan ke rumah anak yatim", jelas beliau.

Bagi menghadapi PRU13 beliau berkata BN Perak telah bersiap-sedia dalam mempertahakan negeri Perak dan beliau juga menyerahkan pemilihan calon kepada pimpinan pusat termasuk untuk dirinya yang bersedia mengundur diri sekiranya bbeliau bukanlah seorang 'Winnable Candidate' kerana fokus sekarang ini adalah untuk menang.

Dan apabila rakan Keris bertanya mengenai 'Wow Factor' yang mampu membuatkan rakyat mengikut angin kearah Barisan Nasional, beliau menjawab,"Kita lebih pergiatkan program-program yang boleh terus dirasai oleh rakyat dari atasan hingga ke akar umbi. Yang lain-lain, biarlah kita "underdog". Apapun, you know that I'm a fighter!"

Keris berpeluang untuk bertanya adakah beliau turut menghargai penulis blog dan beliau dengan senyuman menyatakan dirinya sememangnya berterima kasih dan meyokong bloggers untuk terus mematahkan serangan fitnah pihak pembangkang sekaligus menyatakan media baru itu penting didalam menyampaikan informasi kepada rakyat dan golongan muda khususnya.

Beliau juga melabelkan penulis blog muda seperti Keris dan rakan-rakan UMB sebagai 'Screenageers' yang memberi maksud 'Golongan muda yang sering menghadap skrin komputer'. Haha!. Satu label yang kena gayanya.

Pada pendapat Keris, DS Zambry Abd Kadir adalah 'role-model' kepada golongan muda yang mahu berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Teringat pesanan beliau yang mengatakan generasi baru itu perlu dalam menjana idea-idea baru dalam Barisan Nasional namun orang-orang lama jangan dilupakan.

Keris 7 Lok kata: DS Zambry memang sempoi...macamni memang DAP Perak harus takut sebab orang muda memang selesa dengan beliau..jaga-jaga ye parti rasis!

#PAUMNO : @RosnahARS Asas Gagasan Transformasi Puteri



Dengan ini transformasi yang lebih dinamik akan terus menggerakkan perjuangan. Dengan ini saya mencadangkan Gagasan Tranformasi Puteri ( GTP ) yang digerakkan melalui 5 asas utama.

Pertama, transformasi akhlak. Puteri akan kehadapan dalam menyediakan contoh akhlak terpuji yang harus diteladani.

Kedua, peradaban. Semua usaha dan pendekatan kita, akan lebih terarah kepada pembinaan sebuah peradaban bangsa yang berjaya.

Ketiga tranformasi perenggu minda atau mind set. Sudah tiba masanya kita membuka kotak fikir kita, untuk melihat perjuangan dalam bermacam sudut pandang dan perspektif. Lebih terbuka dalam menerima kritikan dan lebih berani menegakkan kebenaran.


Keempat, tindakan. Tindakan kita harus lebih agresif, proaktif dan lebih mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan indidvidu.

Kelima pemikiran. Inilah tranformasi paling utama dan setiap dari kita harus percaya, semuanya harus bermula dengan asas pemikiran yang sihat dan terarah. GTP inlah yang menjadikan kita lebih berhikmah dalam berdepan cabaran perjuangan. Akhlak, peradaban, perenggu minda, tindakan dan pemikiran, inilah tranformasi asas YAB Dato Seri Presiden, dan kesemua transformasi ini harus didahulukan sebelum transformasi lain kita laksanakan. Masa kita kini adalah untuk setia bersama Dato’ Seri Presiden untuk merealisasikan tranformasi beliau, dan ini jugalah masa untuk kita bersama Dato Seri Presiden agar beliau tidak bersendirian melakukan perubahan ini. Itu janji kita di Pergerakan Puteri.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: YAB Presiden juga meletakkan lima asa ketika ucapan dasar beliau..InsyaAllah Keris akan cuba dapatkan maklumat ucapan dasar Presiden UMNO..buat masa ini kita akan ulas ucapan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri..

Apa Dato @RosnahARS Leterkan Ketika #PAUMNO?



Saya suka memulakan ucapan ini untuk kita bersama-sama menyelak keagungan beberapa kisah dalam sejarah. Mungkin ramai yang tidak menyedari, sudah banyak hikayat dan riwayat yang dikisahkan kepada kita tentang kehebatan insan bernama ‘Puteri’ dan kelembutan mereka dalam mengubah dunia.

Kisah pertama. Atas wadah perjuangan, Hang Li Po adalah puteri yang menyatukan kesantunan budaya Melayu dan keunikan tradisi Cina. Kehebatan wadah perjuangan Puteri Hang Li Po menukilkan sejarah kejayaan, menyatukan 2 bangsa, mengeratkan dua bahasa.

Kisah kedua. Atas wasilah keikhlasan, Balqis, adalah satu-satunya Sang Puteri yang diundang menjadi saksi kemahsyuran istana kaca Nabi Sulaiman. Kerendahan hati dan pekerti Puteri Balqis menjadi asbab seluruh rakyat tunduk dan tawadhuk kepada Pencipta, dan Pemilik seluruh semesta.

Kisah ketiga, atas hikmah kebijaksanaan, Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah adalah Puteri Gunung Ledang yang bisa menundukkan keangkuhan seorang sultan yang bersemayam di singgahsana kebatilan. Sebalik santun beradab, Puteri Gunung Ledang menggunakan hikmah kebijaksanaan untuk membuktikan kepada sebuah pemerintahan, betapakuasa wanita bukan pada rupa, sebaliknya kuasa sebenar wanita pada tajamnya akal minda, padahalusnya kuasa fikir yang sukar dibaca dan ditafsir.

Sebagai Puteri, saya percaya kesemua peristiwa ini lebih daripada sekadar satu rakaman sejarah lampau atau mitos rakyat. Ini adalah satu bingkisan peristiwa yang akan mengajar kita tentang wadah, wasilah dan hikmah perjuangan seorang wanita muda. Mereka bukan Puteri pada nama, tetapi Puteri pada jiwa. Mereka bukan Puteri pada pangkat, tetapi Puteri pada semangat. Mereka bukan Puteri untuk ditatang, mereka adalah Puteri yang bisa turun ke medan juang. Inilah roh perjuangan dan semangat sebenar seorang Puteri.

Tamsilan dari kisah ini, dan mengambil roh semangat setiap watak-wataknya, saya dengan rasa rendah diri berdiri sebagai Ketua Puteri, mengambil setiap bait-bait harapan, semangat, impian, dan daya juang yang tertanam dalam setiap roh perjuangan ahli-ahli Puteri, untuk kita bersama-sama merungkai dan menilai, makna disebalik wadah, wasilah dan hikmah sebuah perjuangan.

Kita sudah melalui sebuah perjalanan yang panjang. Justeru, ucapan saya pada hari ini, ingin mendekatkan kita untuk menyusur semula wadah perjuangan kita, merasai setiap nafas perjuangan yang menghela wasilah keikhlasan dan bertulang sendikan hikmah kebijaksanaan.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ini hanya mukaddimmah Ketua Puteri..Keris akan cuba ulas ucapan beliau nanti..

#PAUMNO : Puisi Khairy Menikam Jiwa Membakar Semangat!




Dengan semangat yang dipamerkan ketika mendeklamasikan sajak, Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia mampu membakar semangat serta menikam jiwa-jiwa anak muda supaya berjuang demi agam, bangsa dan negara!.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bangkitlah anak muda!..jangan sampai tergadai bangsa dan agamamu..baru kau mahu merintih dan mengadu...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk