24/02/2014

Apa Untungnya Orang Kajang Nih? #PRKKajang



Siapa Calon N25 Kajang?


Lee Chin Cheh, ADUN PKR yang telah dipilih pada PRU13 yang lepas telah melanggar amanah rakyat apabila mengosongkan kerusi N25 Kajang demi melunaskan nafsu politik Anwar Ibrahim yang sedang ketandusan kuasa. Secara tradisinya kerusi tersebut akan dipertandingkan oleh wakil calon daripada MCA untuk Barisan Nasional.

Baru-baru ini calon Barisan Nasional telah diumumkan bagi kerusi N25 Kajang iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, 50 tahun yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada penggal 1999-2008. Kemudian beliau dilantik sebagai Senator Malaysia dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada penggal 2009-2010 sebelum meletakkan jawatan rentetan ikrarnya semasa pemilihan MCA 2010.

Pernah menerima anugerah “The Oustanding Young Malaysian” oleh JCI Malaysia dan “Alumni Cemerlang Malaysia” daripada National Cheng Chi University, Taiwan. Beliau juga telah dianugerahkan oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2005 dengan Darjah Kebesaran DSIS yang membawa gelaran “Datin Paduka”.

Kepercayaan Parti MCA Kepada Calon N25 Kajang

Beliau merupakan Naib Pengerusi MCA Kebangsaan yang dipilih pada pemilihan MCA yang lalu. Beliau diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat MCA.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan yang cukup lantang dan tegas. Selain itu beliau juga bekas Pengerusi Jawatankuasa MCA Negeri Perlis, Ketua Skuad Bantuan Krisis MCA Kebangsaan dan Pengerusi Wanita MCA Negeri Selangor.

Pemimpin NGO Yang Berjiwa Rakyat

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Pengasas dan Presiden Pusat Hemodialisis pingRong-NKF, Petaling Jaya. Kesan penubuhan pusat tersebut, rakyat di sekitar Petaling Jaya mudah mendapatkan rawatan hemodialisis. Membantu dalam diam, berjasa dalam kesamaran.

Selain itu beliau adalah Speaker bagi Persatuan Hainan KL dan Selangor, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia-Cina, Penasihat Alumni Taiwan ChengChi Universiti Malaysia serta penasihat kepada beberapa pertubuhan di Petaling Jaya.

Atas pengalaman beliau yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita. Keluarga dan Masyarakat, kepercayaan telah diberikan kepadanya sebagai Penasihat dan Ahli Persatuan Kemajuan Wanita Selangor.

Jasa Pada Rakyat – Untungnya Orang Kajang!

Seorang pemimpin wanita yang telah berjasa pada negeri Selangor sejak tahun 1999 lagi. Sepanjang beliau dalam politik, beliau terkenal dengan sifat rendah diri, tegas dan berkebajikan. Sewaktu beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau juga aktif dalam gerakan-gerakan persatuan yang berkaitan dengan wanita. Beliau juga merupakan antara tokoh wanita penting yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembentukan polisi dan dasar kerajaan berkaitan dengan hak wanita.

Selain itu, ketika menjadi Exco Wanita MCA beliau telah meletakkan aras penting bagi sayap MCA itu dengan 7 Objektif dan 5 Pelan yang menjadi garis panduan serta polisi bagi Wanita MCA. Kesannya Wanita MCA ramai ahli professional dari kalangan wanita telah bersama-sama dengan sayap MCA tersebut. Beliau juga berperanan dalam melatih 100 orang sukarelawan sebagai kaunselor, membentuk 31 unit bantuan wanita dan kanak-kanak seluruh Negara, serta pengasas MCA Women Entrepeneur Develepoment Centre yang focus kepada pembangunan wanita dan kekeluargaan.

Beliau juga menubuhkan Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) yang terlibat secara langsung dalam menyelesaikan krisis dan kebajikan sosial. Di bawah naungannya ketika itu beliau telah berjaya dalam penubuhan CRSM Foundation (Yayasan Bantuan Krisis MCA) yang menjadi tempat menyalurkan dana kepada mereka yang perlu.

Yayasan itu juga telah membangunkan Sistem Pengurusan Sukarelawan, kini menjadi rujukan oleh mana-mana organisasi yang terlibat dengan kesukarelawanan. Skuad dan Yayasan ini juga terlibat dalam bantuan kesukarelawanan bukan sahaja di dalam Negara malahan bantuan keada yang memerlukan di luar Negara juga dilaksanakan. Antara yang per

Kebajikan sehingga tahap global amatlah bagus jika beliau dapat membawa sistem itu di Kajang sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Berperindian Tegas dan Berkebajikan

Terlalu banyak rekod kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau adalah seorang yang berpendirian tegas dan menolak sebarang isu berhubung penyelewengan serta perkara yang boleh menghakis kepercayaan rakyat.

Beliau telah mengotakan ikrarnya yang akan meletakkan jawatan sekiranya Chua Soi Lek masih dipilih sebagai Presiden MCA. Alangkah untungnya orang Kajang jika dia dipilih sebagai wakil rakyat. Berpendirian tinggi dan tegas merupakan nilai terpuji calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau juga mengambil berat perihal kebajikan wanita dan kekeluargaan. Berpengalaman di dalam kerajaan serta secara global dilihat mampu mengubah Dun Kajang ke arah yang lebih baik.

Bebas skandal dan berkebajikan lebih baik daripada orang yang dipilih tetapi letak jawatan untuk beri ruang pada nafsu politik orang lain? Penulis yakin pengundi Kajang mahukan pemimpin yang benar-benar ingin berkhidmat dengan rekod yang bersih.


K7L : Selamat mengundi!..

1 ulasan:

  1. Dewan Ulamak PAS arah seluruh ahli PAS solat hajat selamatkan Presiden dari musuh???musuh tu sapa pulak...isu semasa pasal adi awing leebon ni pasal saman 2juta dari Adun PKR...sesame krooni dalam Pakatan Rakyat pun saman menyaman...buat solat hajat lagi...kita tengok siapa yang KO..KO nanti...Unit Anal PAS masih nak tolong Bang Non Parti PKR ke ... presiden sendiri kena saman oleh PKR....kah kah bangang memang bangang...ni la haram jadah bila Ego lebih tebal dari iman....Ego sama tebal dengan serban dan jubbah..Calon BN seorang yang ada moral akhlak nya tinggi...Bang Non ni rendah moral...buruk perangai dan runtuh akhlaknya...haru biru akidahnya...pembohong...penceroboh stor kunyit dan chinadoll bangang mengurus ekonomi baying kan gaji punaisihat ekonomi Selangor RM 1 hinggit sebulan klaim elaun 15 juta setahun akai ada kaa??....sanggup ke orang kajang jadikan kajang lubuk sipenipu dan pembohong....adi oh adi leebon bila ego lebih teba dari iman...lantokkk ko orang la....ahaks 200x

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk