13/04/2013

Khalid Beri Harapan Palsu - Sepenggal lagi Untuk Selesaikan Isu Air? #IsuAirSgor



Woohooo! Oppa Khalid Loser cuba nak tunjuk bagi harapan palsu lagi pada rakyat Selangor. Dulu nak dekat 500,000 ribu rakyat Lembah Kelang mengalami masalah bekalan air terputus akibat pam di Rumah Pam Wangsa Maju mengalami kerosakan selepas bekerja melebihi kapasitinya setiap hari.

Manakala sekarang lebih daripada setengah juta lagi rakyat berdepan dengan masalah gangguan bekalan air kerana paip pecah. Kini kerja-kerja membaik pulih sedang berjalan, masalah air tetap berlaku beb!

Tapi macam dah boleh agak, ‘Drama Tuduh Menuduh’ yang selama ini dibintangi oleh Oppa Khalid Loser akan berterusan menjadikan SYABAS sebagai kambing hitam walhal semua ini bukan salah SYABAS pun. Confirm SYABAS dituduh jadi punca!

Zuraidah Lampir dah siap warning Syabas jangan guna taktik kotor putuskan bekalan air!! Heelllooo buat-buat lupa lah pulak, paip-paip kat Selangor ni milik kerajaan negeri tau…

Mungkin Zuraidah dan Oppa Khalid Loser terlupa bahawa Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab untuk memastikan bekalan air mentah serta air terawat sentiasa cukup buat rakyat yang menjadi pengguna di sekitar Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kalau masih sama jumlah air yang disalurkan kepada rakyat tanpa sebarang tindakan untuk penambahan bagi pengagihan air, bukankah ia akan mencetus masalah seperti yang sedang berlaku sekarang?

Rosak apa-apa terus akan ada masalah air dan perkara ini kerajaan negeri Selangor yang perlu ambil berat. Bukan tuduh ini semua salah orang lain je. Kena ada tindakan serta perancangan yang teliti tetapi cepat untuk rakyat Selangor.

Bukan lengah-lengahkan kerja! SYABAS tak ada kuasa magik nak rawat air dengan banyak jika ada masalah air. Rasanya Oppa Khalid Loser sendiri yang bercakap tentang air yang hilang(NRW) sebanyak 33%.

Tapi kita kena tahu kalau nak turunkan kadar kehilangan air ini, paip-paip yang menjadi agen pengedaran air perlu diganti setelah digunakan dalam jangka masa yang agak lama. Benda dah lama beb mesti kena ganti.

Ada yang dah rapuh, bocor dan agak fragile. 33% air tu bukan sedikit tahu? SYABAS dah minta kebenaran daripada Kerajaan Negeri Selangor dari dulu lagi tapi tak diluluskan. Kenapa eh? Kalau diluluskan rasanya masalah yang timbul tidaklah kritikal macam sekarang.

Kalau projek Teresa Kok boleh diluluskan dalam 8 hari, direct nego beb, kenapa Capex Syabas tak diluluskan? Walhal air keperluan asas rakyat.

Ini tak habis-habis dengan penstrukturan semula air yang pernah gagal satu kali, nak beli konsesi yang memakan masa agak lama, perancangan itu dan ini tetapi tiada tindakan susulan. Ingat dengan air liur sahaja mampu tambah air terawat?

Siapa yang bekukan perbelanjaan modal ataupun Capex Syabas untuk menukar paip-paip lama ini? Lepas itu nak tuduh SYABAS yang tak cekap jalankan tugas? Sekarang paip air ada yang dah pecah, akibat tekanan air yang deras akibat banjir semalam.

Sampai bila Kerajaan Negeri Selangor nak sekat usaha-usaha SYABAS? Sekarang SYABAS kata dari dulu lagi paip-paip perlu diganti tapi tak dapat kelulusan. Masih nak tuduh SYABAS lagi?

Sekarang Oppa Khalid Loser offer untuk beri dia masa sepenggal lagi untuk selesaikan isu air walaupun dia kini berdepan dengan siasatan SPRM oleh ahli PKR sendiri. Rasanya hint daripada Selangor dah berbisik-bisik yang Azmin nak ambil alih jika Pakatan Berjaya menang di Selangor.

Itu lagi teruk punya penyamun. Rakyat Selangor nak bagi peluang lagi untuk diperdaya? 5 tahun lagi dengan masalah air? Apa akan jadi kepada setengah juta pengguna yang terdiri daripada pengguna di Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney, Kampung Pandan Dalam, Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights ?


K7L :Pilih yang terbaik dalam membantu rakyat, jangan pilih populis yang kata manifesto bukan janji!

1 comment:

  1. Bukan nak kata apa la tapi saya baru je balik dari melawat sedare di Sering Ukay. Disana pun hari ini tiada bekalan air. Sehingga pukul 8 malam tadi masih belum ada tanda-tanda bekalan air akan pulih.


    http://mycybertrooper.us.ms/

    ReplyDelete