13/04/2013

Ahli PAS Felcra Changkat Lada Umum Masuk UMNO Sebab #StopaAli?





Lepas sahaja berita video #StopaAli makin ramai orang PAS dah tak percaya dengan kepimpinan parti mereka. Tak wujud isu 'dibeli' UMNO kerana mereka ini memang dah rasa PAS tak relevan langsung.


Gerakan yang sudah sedar daripada terus ditipu oleh PAS itu diketuai oleh aktivis PAS yang dahulunya sangat setia dengan kepimpinan. Beliau yang bernama Samiran Sapuan akui menyokong Pakatan adalah satu kesilapan besar.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak. 

Dalam ucapan beliau semalam, saudara Samiran memohon ampun dan maaf kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi pihak rakan-rakan beliau serta dirinya sendiri. Ternyata mereka menyesal dan rasa tertipu.


Mereka berkata, demi menegakkan agama, bangsa dan negara mereka memilih untuk berjuang bersama UMNO yang lebih relevan dan konsisten dalam perjuangan.

Sebelum ini seramai 429 ahli Cabang PKR Pasir Salak telah menyertai UMNO meninggalkan parti yang semakin hari semakin runtuh. Nampaknya Pakatan semakin terdesak dengan keadaan yang sedang berlaku.

Hanya DAP yang nampak kukuh didalam Pakatan membuatkan ramai orang-orang PKR dan PAS sudah berasa tidak relevan dan dikongkong selepas kebanyakan keputusan dikuasai oleh DAP.

Bayangkan jika DAP punya kerusi tidak pula timbul cerita untuk ada 3 penjuru berbanding PAS dan PKR yang sanggup berlawan sesama sendiri walaupun mereka kata mereka 'Pakatan'. Sekarang rakyat Malaysia dah nampak Pakatan tidak pernah bersatu melainkan tutup mulut,mata dan telinga demi meraih kuasa.

K7L : Masaklah Nizar...

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Mohon admins buat sedikit pembetulan, sebenarnya bukan FELDA Changkat Lada, TETAPI..... FELCRA Changkat Lada.
    Sekian dimaklumkan. Mohon maaf dari saya.

    ReplyDelete
  2. UMNO = itu Pati untuk penyatuan orang2 MELAYU yang beragama Islam.
    MCA = itu wakil untuk orang cina
    MIC = itu pati untuk orang India.

    UMNO ITU bukan pati Najib atau Muhidin saja ia untuk masyarakat Melayu keseluruhnya.Aku tak pahamlah orang melayu banyak yang menentangnya dari dulu.Aku percaya banyak orang Melayu sekarang keliru dengan perkataan UMNO itu. Mereka pikir pati itu untuk Najib dan ahlinya sahaja. Buka Mata kamu orang Melayu seluruhnya BESAR-BESAR. UMNO pati mewakili untung nasib masyarakat orang Melayu . SEKARANG KEMBALILAH KITA KEPADA UMNO semoga bangsa kita menjadi semakin kuat,maju dan dihormati .Hentikan membenci pati memperjuangkan hak dan kelangsungan anak cucu kita. Ayuh semua bangsa ku kembali semula kepangkuan UMNO. Sokong dan menangkanlahnya bersama-sama………..Takbir. Amin

    ReplyDelete
  3. Mohon pembetulan. Umno bukan parti tetapi pertubuhan untuk membela melayu dan hak2 melayu seperti juga mca dan mic. Makna mudah umno ialah ngo.
    Umno bertanding dlm pilihan raya atas tiket bn kerana bn itulah parti.
    Ini hanya untuk pengetahuan am kita semua

    ReplyDelete