22/12/2015

PAS Jadi Jemputan Khas Perkasa! - Penyatuan Ummah Yang Digeruni PKR-DAP?



Alamak! Patutlah ramai dalam PKR dan DAP mengamuk sakan lebh-lebih lagi dengan Mustafa Ali. Kisah PKR cuba jatuhkan imej Mustafa Ali pun nampaknya memakan diri mereka sendiri.

SU Agung PAS yang lama dan yang baru iaitu Datuk Takiyuddin Hasan hadir beri sokongan. Ini merupakan satu tamparan hebat mengenai muka puak-puak yang jelas menghina PAS.

Kata DTH :

 

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu. 

Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu."Katanya, susulan perkara itu masih baharu untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka."Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan Perkasa, hari ini.Kedua-dua mereka juga diberikan tepukan gemuruh ahli-ahli Perkasa apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan kehadiran pemimpin PAS itu. – 20 Disember, 2015.

K7L : Steady beb!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk