16/12/2014

Mat Sabu Salahkan Hakim Selepas Haji Hadi Menang Kes Mahkahmah?



Nampaknya keinginan Mat Sabu untuk merasai kerusi Presiden PAS hanya tinggal mimpi selepas Haji Hadi menang kes saman fitnah terhadap dirinya yang dibuat oleh seorang ahli PKR berkenaan ceramah beliau menjelang PRU 13 yang lepas.

Mat Sabu yang beria untuk menjadi Presiden PAS kelihatan sugul selepas keputusan mahkamah memenangkan Haji Hadi. Nampaknya dia kena cuba lagi cuma kali ini lebih susah selepas beberapa nama baru akan naik untuk menentang kedudukan selesa dia yang selama ini 'dikawal rapi' oleh Anwarinnas.

Penentangan gang Ulamak PAS nampaknya semakin berjaya untuk membenamkan Team Anwarinnas PAS yang dijangka akan kembali lemah jika Anwar kembali ke penjara kelak.

Apapun tahniah kepada Haji Hadi kerana berjaya membuktikan bahawa PKR tidak layak untuk dipercayai lagi oleh Ahli PAS. 


Tuntutan Saman Shamsul telah ditolak dengan kos. Kos mahkamah, kos peguam Shamsul dan kos peguam Hj Hadi semuanya Shamsul kena bayar. Ini satu kemenangan kepada Hj Hadi sebaliknya kumpulan yang hendak menjatuhkan Hj Hadi melopong dan menggigit jari.

Keputusan kes perbicaraan saman fitnah 'pil kuda' oleh Syamsul terhadap Hj Hadi telah ditolak dengan kos RM10,000.00.

Mahkamah putuskan ucapan itu mengandungi unsur fitnah tetapi ia dilindungi oleh qualified privilege.

Mahkamah juga putuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kata-kata itu sebagai merujuk kepada plaintif.

K7L : Mat Sabu nampaknya kena tunggu lagi lama..tapi belum tentu dia selamat ya...

4 ulasan:

  1. Mat sabu kalau nak selamat kena jauhi pkr, pasMA .....kalau tidak x dpt kerusi la pd pru 14 nanti....jd mat sabun

    ReplyDelete
  2. Mat Sabu dalam parti apa pun tak akan menang dalam pilihan raya. Dia tak layak jadi YB.. Sebab kurang ilmu, tabiat buruk dan banyak berbohong.

    ReplyDelete
  3. Mat Sabu nak jadi presiden PAS, biar betul bro, he!,he!.ketawa beso teman. Ade hati dia rupanye. Kata Aziz Satar, tunggu ayam jantan bertelo pak cik....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk