18/02/2013

Anak Felda Berjaya - Mazlan Aliman Bengang Dengan Mereka?




Jika dahulu kita sebut pasal Felda, sudah tentu ramai akan ingat kelapa sawit dan getah sahaja. Pada pandangan masyarakat dahulu Felda merupakan satu kawsan yang tidka maju. Malahan ada juga yang merasakan pendidikan di sana kurang.

Kini mata rakyat Malaysia mahupun dunia telah dibuka selepas Felda terus menerus maju dengan prasarana yang dibangunkan seiring dengan pembangunan serta kemajuan nasional mahupun global.

Kini siapa pernah sangka anak peneroka mempunyai kemahiran yang tidak semua orang ada. Sebuah syarikat membuat telefon bimbit telah mengambil peluang mengiktiraf kemahirang yang mereka ada.

Jika dahulu orang pandang lain, kini bukan lagi kelapa sawit yang bermain di fikiran anak Malaysia terhadap Felda. Rakyat Malaysia sendiri kagum dan bangga dengan perkembangan yang telah Felda lakukan.

Anak-anak peneroka tidak tercicir sedikitpun daripada merasai pendidikan yang penuh dan berupaya mendapatkan ilmu kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek. Antaranya hari ini kita dapat lihat anak-anak peneroka Felda diberi kepercayaan untuk membuat telefon bimbit.

Jika usaha Felda seperti ini tidak dihargai oleh penyokong Mazlan Aliman di Felda, tidak tahulah Keris nak kata apalagi. Sebab itu jangan percaya apa yang Mazlan cakap dalam ceramahnya.

Mazlan hanay fikir pasal kelapa sawit sahaja pun walhal kini anak-anak peneroka Felda telah berjaya dalam hidup mereka atas beberapa bantuan Felda malahan nama Felda diharumkan oleh anak-anak peneroka yang gigih dalam mencapai kejayaan.

Bantuan Felda bukan lagi terkhusus buat generasi pertama peneroka Felda, malahan anak-anak peneroka Felda generasi kedua juga diberikan bantuan dalam banyak aspek termasuk pendidikan.
Tidak lagi Felda tertumpu kepada produk sawit, semua bidang telah bejaya diceburi oleh orang-orang Felda. Masih nak percaya dengan dakyah songsang Mazlan Aliman?

K7L : Kawan Keris kata dia bangga jadi anak Felda..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk