02/01/2012

Dari Sudut Pandang Rakyat Malaysia - Demo AUKU - Siri 1


Keris berpeluang menemuramah beberapa individu mengenai demonstrasi anti-AUKU yang diadakan di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) yang bertindak agresif sehingga polis terpaksa menahan sebahagian daripada mereka. Ini sudut pandang mereka baik sebagai seorang pemimpin, rakyat mahupun mahasiswa.

Mari dengar apa pendapat mereka : 


Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia :

“Saat saya melihat dan meneliti rakaman video mereka (SMM/BEBAS) berdemonstrasi, saya tidak percaya tindakan memanjat pagar seperti 'monyet' dan menjerit-jerit itu melambangkan aspirasi mahasiswa kerana hanya pelajar yang diajar untuk menjadi biadap sahaja akan bertindak sebegitu. Jelas melalui rakaman video, pihak polis tidak bertindak kasar mahupun ganas seperti yang dihebahkan sebaliknya golongan mahasiswa yang berdemo itu telah bertindak agresif serta secara berterusan mencabar pihak berkuasa yang berkawal. 

Sama seperti skrip 'Bersih', taktikal kematian dua kali milik suhardi digunakan selain ada babak yang menyerupai 'Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya' dimana kononnya Safuan Anang nazak dibelasah pihak polis sedangkan didalam foto tidak kelihatan sama sekali sebarang kesan lebam mahupun luka dan kecoh tentang kecederaan di kepala seorang rakan kepada Safuan Anang disebarkan kononnya sebagai bukti kekasaran polis walhal dia cedera sendiri ketika merempuh pintu klinik sehingga pecah. Bercakap dari segi moral dan sahsiah diri, sikap kurang ajar dan biadap bukanlah aspirasi golongan terpelajar sebaliknya perkara sebegini hanya akan berlaku dengan kewujudan sekumpulan kecil mahasiswa yang meniru kebejatan dan kekotoran politik luar. Disebabkan itu, saya merasakan kempen 'Aman Kampus' perlu digerakkan dengan segera dan mahasiswa majoriti perlu mengutuk tindakan mereka (SMM/BEBAS) kerana ia bukanlah satu contoh yang baik untuk generasi yang akan datang" 


Chong Yew Chuan, Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Bahagian Wangsa Maju serta EXCO Penerangan MCA Wilayah Persekutuan dan Pemidato Pemuda Barisan Nasional :

"Kerja dan tugas utama seorang mahasiswa ialah untuk menimba ilmu dan melengkapi diri dengan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, dan sebagai golongan yang mempunyai pemikiran yang matang dan waras, mereka patut tahu apa yang boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya.Saya berasa kesal di atas tindakan melulu mereka (SMM/BEBAS) yang terlibat dalam demonstrasi malam semalam. Sebenarnya terdapat cara lain yang lebih produktif dan aman untuk menyampaikan mesej dan tuntutan, berbanding melakukan demonstrasi di jalan raya yang dapat mengancam keamanan dan ketenangan masyarakat dan negara. 

Tindakan mereka (SMM/BEBAS) bagai telah hilang rasional dan kewarasan ketika berdemo, seperti baring di atas jalan untuk menghalang kenderaan pihak berkuasa, merosakkan klinik dengan alasan yang tidak munasabah, menghina Perdana Menteri Malaysia dengan meletakkan gambar beliau di tepi kayu berbentuk keranda, serta berkeras ingin masuk ke halaman universiti, telah menunjukkan tindakan mereka amat tidak matang dan telah melepasi batasan yang telah dinyatakan dalam undang-undang negara ini. Harus kita ingat bahawa kebebasan juga ada batasannya, dan kebebasan yang diberi tidak harus disalahgunakan. Tambahan pula, pihak polis telah memberi kelonggaran kepada mereka untuk menyampaikan apa jua tuntutan mereka dalam masa 15 minit dan bersurai secara aman, namun mereka terus mencabar pihak polis dan mencabar undang-undang negara ini. Cuba kita bayangkan jika setiap individu ataupun pertubuhan memilih untuk berdemonstrasi setiap hari di atas jalan raya, apa akan terjadi kepada masyarakat dan negara kita yang selama ini aman dan damai? Lihatlah sendiri kepada Syria dan Mesir, yang masih lagi dibelenggu dengan kekecohan dan kekacauan setiap hari, dan pengalaman negatif negara-negara ini haruslah kita ambil sebagai pengajaran dan iktibar."



Kamarul Azhar Bahruddin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Bunga Kenanga Bahagian Putrajaya:

“Dimanakah kurangnya didikan guru mahupun ibu bapa kepada anak-anak muda yang berdemonstrasi ini?. Itulah persoalan yang berlegar-legar didalam kotak pemikiran saya apabila menonton rakaman video mereka (SMM/BEBAS) berdemonstrasi. Difahamkan ketika ini ramai mahasiswa/mahasiswi sedang sibuk menelaah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan namun mereka sebaliknya memilih untuk membuang masa terpekik-pekik melaungkan 'Mahasiswa Bangkit' yang belum tentu mampu mengubah markah mereka ketika peperiksaan kelak. 

Saya kecewa dengan sikap mereka yang seakan telah terpengaruh dengan doktrin politik luar serta taksub dengan fahaman anti-kerajaan. Terasa kesal pula dengan tindakan kurang bijak mereka berdemonstrasi sehingga ada yang tidak menghiraukan keselamatan diri. Dengarnya ada yang sanggup membahayakan diri asalkan dapat menjual cerita bagi meraih simpati dan mengubah persepsi rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. Bercakap tentang taktik mereka (SMM/BEBAS) yang dilihat banyak mengikut gerak kerja 'Bersih', kami rakyat Malaysia tidak akan tertipu dengan lakonan sebegitu lagi. Ingat tanggungjawab anda sebagai pelajar adalah untuk menimba ilmu, bukan menjadi taksub dengan pemikiran politik luar. Bebaskan mahasiswa daripada sebarang doktrin politik agar kampus menjadi tempat yang aman untuk belajar. Universiti adalah tempat untuk belajar bukan berpolitik sepenuh masa"


Nurul Nadirah Fazmin Narawi, Pelajar Jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia:

“Melihat kembali kepada sejarah Malaysia, YAB Perdana Menteri merupakan diantara individu penting yang bersungguh-sungguh menaiktaraf Institut Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebuah institusi pendidikan negara yang tertua dan disegani kerana berjaya melahirkan ribuan pendidika anak bangsa. Tetapi, tahun 2011 telah membawa kepada titik sejarah hitam UPSI kerana disinilah lahirnya seorang aktivisyang beria-ia mahu menjatuhkn pemimpin no 1 negara.. Apakah kesudahan mereka yang kononnya membawa satu perjuangan kebebasan akademik? Mahu bebas bagaimana lagi? Apakah mahasiswa belajar dalam kurungan ataupun dipenjarakan jika tiada kelas? Melihat apa yang telah berlaku malam semalam di ambang tahun 2012, Saya berasa kesal dan mengutuk perbuatan mereka kerana tindakan mereka tidak melambangkan kredibiliti n rasionalisme seorang mahasiswa. 

Saya melihat mereka (SMM/BEBAS) seolah-olah membina satu momentum kehancuran yang berupaya memecah-belahkan mahasiswa diseluruh Malaysia dengan ideologi perjuangan tidak sihat mereka. Sebagai seorang mahasiswa UPSI ,sy kecewa dengan tindakan mereka (SMM/BEBAS) yang sanggup mencetuskan kontroversi dan mencabuli keamanan kampus serta mencalarkan imej bersih UPSI itu sendiri. Saya tidak tahu dari sudut mana harus saya banggakan dengan perjuangan dan tindakan biadap merek. Molek kiranya jika kita menghayati sejarah UPSI dan mengkaji apakah kesan terhadap masyarakat khususnya dengan tindakan mereka. Saya ingin menyeru Mahasiswa/siswi di seluruh Malaysia menjaga gelaran MAHASISWA itu sendiri dengan baik agar ianya tidak dicemari dengan ideologi politik luar. Berfikir sebelum bertindak agar ia tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diri sendiri. Jangan berbicara tentang politik dan masa depan negara selagi diri tidak istiqamah dalam menimba ilmu"

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Berfikir menggunakan akal, jangan berfikir tanpa menggunakan akal atau berakal tetapi tidak berfikir..

3 ulasan:

  1. jom pakat ramai-ramai fail petisyen kat MAKHAMAH minta SMM & BEBAS diharamkan kerana pertubuhan ini koja depa menghasut dan megnina kerajaan dan menjatuhkan maruah negara serta sistem pendidkan negara ini ... woi hangpa semua ada berani kerrr

    bAGUS tangkap jer memang patut pun terutama Trojan Horse Malaysia Kini & Malaysia Insider pukimak anak haram jadah punya portal kalo boleh tangkap sekali dengan penkomen dalam portal tu dok asik maki hamun PDRM dan Gomen jer ... buat jangan tak buat ... woha

    ReplyDelete
  2. UPSI tak bersalah.. sbalik nya moral dn hasutan setan kecik spt mahpos omar.. yg mencemar krediabiliti UPSI... brapa ramai mahasiswa yg dilahir kan UPSI berjaya.. jd pendidik yg sbenarnya dpt dilihat sblum anuwar buat onar.. habih smua mahasiswa terlibat akibat kekacauan yg di rancang dn dihasut mahpos.. sbb dia ada bersama dlm rusuhan HARAM tu... mngapa moral sesetangah siswa UPSI yg terlibat dgn rusuhan ini rendah.. memanjat2 pagar spt beruk?? agaknya masa di sek dulu kaki panjat pagar sek kot utk pontenng or lari dr asrama.. mcm siswa tersebut tak buruk moral... klo dh yg dalang nya ada lah org yg intelek rendah.. mahpos omar... tak ngaji tinggi smpai "U" pn bleh je jd MP ... gaya org intelek rendah ni bleh tau.. sbg cth.. gua terbaca dlm harakah dulu yg dia ni penah bawak sampah letak atas meja pegawai perbandaran... ini di laku kan stelah jd ahli parlimen,,, konon nya sbg simbol yg pegawai perbandaran tak buat keja... di situ bleh agak tinggi or rendah tahap intelek mahpos ni. Dr hassa ali pn kata yg dia ni mmpunyai intelek yg rendah dn beku.. sgala kata2 mahpos ni tak menggambar seorang yg berintelek tinggi

    ReplyDelete
  3. Haramjadahkan je puak puak ni dari kampus UPSI.. ramai lagi anak bangsa yang boleh menyumbang bakti ...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk