08/12/2011

'KakiTerbang' - Mahu Fitnah Apa Lagi?




Selepas PAU2011 baru-baru ini, Keris ada terdengar bahawa ada pihak yang akan muncul sengaja mengusik dan cuba memecahbelahkan dunia blogging yang direka-reka supaya blogger pro BN lebih-lebih lagi UMB lemah menjelang PRU13 yang akan datang. Dan orang yang disangka dan disebut-sebut telah pun menonjolkan diri menggunakan modus operandi yang lebih kurang sama dengan rekaan cerita negatif terhadap UMB ketika PRK di Merlimau dengan cerita 'Bilik Berkunci' yang tidak pernah wujud. Jika benar bilik berkunci itu wujud maka Keris cabar saudara 'kakiterbang' mengangkat sumpah mengatakan bahawa kes bilik itu benar-benar berlaku dan nafikan juga tuduhan luar yang mengatakan saudara sebagai ahli PAS seumur hidup!. Masakan pokok bergoyang jika angin tiada meniup cuma kami malas mahu besar-besarkan hal ini tapi apabila semakin galak mencetuskan perbalahan maka tak salah Keris dan pembaca ragu-ragu dengan status itu.

Kini fitnah terbaru yang ditimbulkan yang mana ia mempersoalkan kredibiliti dan kerja keras bloggers naungan UMB yang kononnya kami membeli ranking secara 'pay-online' untuk menjatuhkan Gomo atas sebab ranking kami naik mendadak. Buat pengetahuan 'kakiterbang' kami yang bernaung dibawah kepimpinan Tun Faisal ini tidak perlu pun membeli ranking. Keris cabar 'kakiterbang' untuk buktikan kami membeli tidak kisah samada melalui alexa atau tak. Tapi pada pendapat Keris saudara 'kakiterbang' yang harus beli ranking kerana telah dipintas oleh blogger yang pernah dihina oleh saudara iaitu Tun Faisal Dot Com, itupun jika benar ranking boleh dibeli kerana Keris pun tak tahu cara mahu beli dan tiada sebab untuk membazir membelinya jika ia benar-benar ada.

Keris cuma nak sampaikan disini kami semua blogger UMB mampu meningkatkan kedudukan masing-masing setelah mengikut tips daripada bloggers UMB Pulau Pinang. Dengan usaha keras kami, displin mengikut ketetapan UMB serta rajin mencari informasi itulah yang menjadikan kami termasuklah Tun Faisal sendiri dalam mendaki carta Alexa. Sebab itu para bloggers perlu rajin dan jangan tutup fikiran untuk mempelajari benda baru setiap masa. Kami telah buktikan kami berjaya dengan menggunakan kaedah yang sama sebab itu kedudukan kami semua pun lebih kurang sahaja. Dulu ada rakan blogger UMB yang tersangkut di satu tahap sahaja namun kini dia sudah menyelam ke carta top 20 sama macam Keris.

Buat pengetahuan saudara 'kakiterbang', Keris yang merupakan produk Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kini telah memasuki carta Top 20 walaupun baru menulis blog bermula Julai 2011. Jika saudara 'KakiTerbang' menuduh kami ghairah dalam mengejar ranking, Keris minta tolong saudara baca semula artikel yang mana saudara ada mempertikaikan kedudukan Pengerusi UMB Tun Faisal didalam carta blogger Pro-BN. UMB banyak membantu Keris dalam ilmu politik dan TIDAK PERNAH LOKEK ILMU serta sentiasa memberi peluang kepada Keris untuk kehadapan.

Sebagai seorang anak muda yang mahu berjuang dengan wasilah keikhlasan dan bangkit bersama-sama 'orang-orang lama' untuk menulis blog bagi menangkis serangan serta mendedahkan kepincangan pembangkang, Keris terasa terkilan kerana didalam Keris dan rakan-rakan UMB yang lain tidak putus-putus mempertahankan institusi UMNO, kami harus berhadapan pula dengan ancaman bodoh dan tidak profesional 'pencetus perbalahan' yang usianya lebih kurang dengan umur bapa Keris.Sudahlah begitu, difahamkan sejak daripada dahulu lagi saudara seakan meracuni fikiran bloggers yang tidak bernaung bersama UMB dengan menyampaikan cerita kurang tepat mengenai UMB. Ini bukan cakap kosong kerana Keris ada juga bersembang dengan blogger jalanan yang pada mulanya menghentam UMB namun setelah dia mengenali Keris dan UMB, dia rasa bersalah dan mahu berjuang bersama kami yang sememangnya jentera parti yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bicara tentang blogger kerajaan yang sikapnya seperti pembangkang macam saudara, tidak mustahil orang muda sebaya Keris tidak mahu menulis blog mahupun menyayangi UMNO kerana orang seperti saudaralah yang tidak habis-habis memburukkan jentera parti sekaligus menanamkan bahawa UMNO itu sudah rosak dari dalam dalam fikiran anak muda. Akan timbul rasa benci orang muda pada UMNO jika orang macam saudara ini yang tidak pernah penat menyerang sesama sendiri. UMB ini membawa lambang UMNO dan kami tidak menganggu bloggers lain. Berkata semula tentang ranking, biarlah rakan Keris yang lain memberi jawapan kerana buat pengetahuan semua pembaca dan saudara, Keris tidak membayar mana-mana 'pay-online' untuk menaikkan ranking dan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing. Keris cuma mampu mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang tidak berhenti membaca artikel Keris dan rakan-rakan blogger yang memaut Keris 7 Lok.

Sebagai antara blogger pro-BN yang muda, Keris meluat melihat sikap blogger yang sentiasa mencetuskan perbalahan sesama sendiri dan tidak berhenti merosakkan perpaduan didalam parti. Tak boleh nak lihat orang baru maju sedikit ataupun lebih daripada dia dalam dunia blogging khususnya, pasti ada saja fitnah yang akan timbul. Hentikanlah merosakkan dunia blogging pro-BN dengan sikap menipu, fitnah dan mengadu domba. bersainglah secara adil dengan anak muda kelahiran UMB seperti Keris dan rakan-rakan dalam dunia blogging. Keris yakin dan pasti bloggers pro-BN akan menguasai carta alexa berbanding bloggers pro-PR dengan syarat kerja kuat, fokuus pada perjuangan dan buang sikap dengki-mendengki. Ingatlah bahawa generasi muda yang akan menjana masa depan dan generasi tua harus memberi CONTOH YANG BAIK supaya Malaysia ini terus kukuh dan aman dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

p/s: Masih ingatkah perbualan 'kakiterbang' bersama saudara Razlan tentang penubuhan UMB?....

JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN 
JIKALAU TAK BERHENTI MELEMPAR TOHMAHAN


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Biarpun lipan berumur 6 bulan itu kecil namun ia mampu membuatkan manusia kebas seluruh badan lalu mati..bukti muda tetap berbisa..

3 ulasan:

  1. ohhh..ghupenye ada dalang..dia ke punca gomo ngan tun gaduh?..oooooo

    ReplyDelete
  2. tahniah.... teman setuju beno kate mike tu... kecik tak semestinye lemah...beso tak semestinya kuat... mcm cili api dgn cili beso... mna pedeh ????

    ReplyDelete
  3. si botak bodoh tu tau maki saja, otak tak guna. The Flying kick bodoh bebal nak mampus.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk