“Tetapi jangan undi Pakatan Harapan,” katanya, diikuti gelak tawa orang ramai yang hadir.
Menyedari kesilapan itu, Mahathir tergelak kecil dan mengulangi semula ucapannya.
Ini bukan kali pertama Mahathir tersasul. Sebelum ini, beliau pada satu sidang media pada Januari 2017 ketika cuba memperlekehkan PAS dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah tersasul mengecam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita dapati bahawa ramai daripada ahli-ahli PAS ini, pemimpin-pemimpin PAS, yang nampak memilih untuk sabotaj usaha nak ada kerjasama dengan parti PAS. Mereka membuat serangan-serangan terhadap terutamanya diri saya.”
“Bagi orang ini, Zuhdi dan beberapa orang lagi bagi mereka ini saya ni lebih buruk daripada Datuk Seri Anwar, mereka tidak serang Datuk Seri Anwar…” kata Mahathir yang kemudiannya ditegur seseorang di sebelahnya.
Insiden tersasul dan terlepas cakap itu tidak terhenti di situ sahaja. Ia berulang dan berulang seakan tiada penghujung.
Dalam sidang media yang lain pada bulan dan tahun yang sama, Mahathir juga tersasul memberitahu media bahawa DAP mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika PH memerintah negara ini.
“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
“Tapi kalau timbalan (Timbalan Perdana Menteri) itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,” katanya.
Sehari dua selepas kenyataan tersebut, Mahathir menukar kenyataannya dengan menafikan DAP mahu jawatan TPM, beliau sebaliknya mendakwa pula MCA yang berkehendakan jawatan tersebut.
“Saya dilaporkan berkata bahawa DAP meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua. Saya ingin perbetulkan kesilapan. Bukan DAP tetapi MCA,” ujarnya.
Manakala pada Julai 2017, ketika sidang media mengumumkan struktur kepimpinan PH, Dr Mahathir tersasul mengumumkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu sebagai Presiden UMNO.
“Yang berbahagia Tuan Haji Mohamad Sabu, Presiden Umno,” katanya disusuli gelak ketawa petugas media dan pemimpin pembangkang yang hadir dalam sidang media tersebut.
Ekoran kesilapan tersebut, Mahathir cuba mengawal keadaan dengan berseloroh, “saya turun pangkat dia”.
Dalam semua insiden tersasul di atas yang boleh ditakrifkan berlaku secara tak sengaja kerana faktor usia dan ingatan Mahathir, terdapat satu peristiwa di mana beliau dilihat sengaja buat-buat tersasul untuk menarik perhatian hadirin.
Kejadian yang dimaksudkan itu berkaitan ucapan bekas Perdana Menteri 22 tahun tersebut yang seakan mempersenda Nabi Isa dengan mengaitkannya dengan nama bekas Pengerusi Felda, Isa Samad ketika berucap di program Nothing To Hide 2 pada awal Ogos 2017.
“Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang, sudah tentu dua juta ekar ini mempunyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun.
“Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yang telah diberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh Isa Samad,” kata Dr Mahathir yang disambut gelak tawa sidang hadirin - SuaraTV
No comments:
Post a Comment