Mana mungking Peneroka Felda akan diabaikan. Ini merupakan gerak kerja konsisten untuk peneroka dan anak-anak peneroka.
- Meningkatkan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun.
- Menubuhkan Fair Works Commission untuk menentukan paras gaji pekerja-pekerja sektor swasta agar lebih setimpal.
- Memperkenalkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah dan GLIC lain (kecuali KWSP).
- Menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.
- Meningkatkan kesejahteraan pekerja yang berpendapatan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan melalui perluasan perlindungan insuran, pertambahan manfaat kesihatan dan kenaikan elaun kos sara hidup.
- Memberi insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka FELDA.
- Mewujudkan geran khas bagi tujuan penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.
- Melupuskan hutang penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.
- Melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka-peneroka FELDA.
- Melupuskan hutang tambahan peneroka-peneroka FELDA semasa proses penanaman semula.
- Menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
- Meningkatkan Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun-pekebun kecil getah.
- Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan demi petani dan nelayan.
- Memperluaskan dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.
- Memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM222 juta untuk peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.
- Meminda Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan bagi meluaskan kuasa KPDNKK.
No comments:
Post a Comment