20/04/2018

Sah! UMNO Akan Diharamkan Petang Ini?



Pembangkang gila-gila kata UMNO akan diharamkan. Semua cawangan UMNO akan diharamkan. Kalau nk fitnah biar betul. Selidik dulu. Nk tahu hal sebenarnya haram/bubar ke tidak, ini jawapanya :

PENANGGUHAN PEMILIHAN UMNO SEHINGGA APRIL 2019 - UMNO TIDAK JATUH HARAM

Sudut Undang-Undang - Akta Pertubuhan (Akta 335)


1. Parti politik mempunyai hak penuh dalam membuat tafsiran seterusnya membuat keputusan ke atas perlembagaan parti tersebut. Seksyen 18c Akta Pertubuhan jelas menyatakan:

“The decision of a political party or any person authorized by it or by its constitution or rules or regulations made thereunder on the interpretation of its constitution, rules or regulations or on any matter relating to the affairs of the party shall be final and conclusive…..”

Sudut Perlembagaan Parti - Perlembagaan UMNO

1. Perlembagaan UMNO memperuntukkan pemilihan parti di semua peringkat (cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi) perlu dibuat setiap 3 tahun serta boleh dilanjutkan untuk tempoh 18 bulan.

2. Pemilihan UMNO di semua peringkat kali terakhir diadakan pada tahun 2013 dan sepatutnya berakhir pada tahun 2016. Pada tahun 2015, Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat untuk tempoh maksimum 18 bulan.

3. Mengikut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan), tarikh kuatkuasa penggal 2013-2016 bermula pada November 2013 selari dengan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2013.

4. Tafsiran permulaan penggal ini juga adalah selari dengan Fasal 32 Perlembagaan UMNO iaitu:

“Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsira Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.”

5. Justeru, penggal 2013 selepas dilanjutkan 18 bulan hanya akan berakhir pada May 2018. Maka, tuduhan yang menyatakan UMNO telah menjadi haram pada 28 Februari 2018 adalah tidak benar sama sekali.

Perbandingan UMNO dan PPBM

1. Permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menjadi Pertubuhan Politik telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016. Permohonan ini turut disertakan senarai Jawatankuasa Penaja parti tersebut.

2. Pada 8 September 2016, ROS telah meluluskan permohonan PPBM. Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Penaja PPBM mempunyai tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan permohonan untuk mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) pertama mereka.

3. Namun begitu, PPBM telah gagal mengadakan AGM mereka dalam tempoh satu tahun dan hanya mengadakan AGM mereka pada 30 Disember 2017.

4. Tempoh satu tahun ini juga terpakai bagi Jawatankuasa Penaja di peringkat cawangan dan bahagian yang mana PPBM turut gagal mengadakan AGM di kedua-dua peringkat ini.

5. Ini bermakna PPBM telah gagal mengemukakan penyata tahunan (Borang 9) seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(d) Akta Pertubuhan.

6. Manakala bagi UMNO pula, semua peringkat UMNO (cawangan, bahagian dan Pusat) tidak pernah gagal mengadakan mesyuarat serta menghantar Borang 9 kepada ROS.

7. Keputusan menangguhkan pemilihan UMNO bukanlah bermakna mesyuarat tahunan disemua peringkat tidak akan diadakan.



K7L : Kami bersidang cuma tangguh pemilihan..

No comments:

Post a Comment