Janji tinggal janji. PKR Selangor dan DAP Pulau Pinang selama dua penggal ini hanya berani tabur dan pekik bab rumah mampu milik. Tetapi fakta dan bukti mengatakan rumah mewah paling banyak dibina di Selangor dan Pulau Pinang!
Kita tengok pasal Pulau Pinang. Kali ini BN Pulau Pinang telah menawarkan pembinaan 65,000 unit Rumah Mampu Milik dalam tempoh 5 tahun selepas menang di Pulau Pinang.
BN Pulau Pinang juga memperkenalkan Skim Perumahan Sewa dan Beli dan Rumah Kos Rendah ditetapkan pada kadar harga RM40,000. Selain itu Rumah Kos Sederhana Rendah pada kadar harga RM80,000-RM 120,000 termasuk satu tempat letak kereta percuma juga ditawarkan dalam manifesto.
Cukai pintu dan cukai tanah untuk kos rendah, sederhana rendah dan rumah kampung dikecualikan. Inilah asprisai sebenar berjiwa rakyat. Menyeluruh dan bukan skeptikal seperti pembangkang yang tak habis-habis pasal GST dan 1MDB.
Ini isu rakyat. Mereka sibuk isu nasional yang berbaur fitnah hanya untuk mengaburi kesilapan mereka di negeri masing-masing. PKR Selangor dan DAP Pulau Pinang bina paling banyak rumah mewah tahun lepas.
Tidak bina rumah mampu milik. Konon peduli rakyat, inikah dasar perumahan pembangkang. 3 daripada 4 rumah projek baru bernilai lebih RM1 juta adalah dari Pulau Pinang dan Selangor.
K7L : Inikah rupanya dasar perumahan pembangkang?
No comments:
Post a Comment