Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusinya Mahathir Mohamad sebelum ini sebenarnya pernah kutuk dan kritik parti pembangkang dan DAP.
Malahan, beliau tuduh DAP merupakan satu daripada parti yang enggan mendedahkan sumber dana yang diperolehi mereka kerana menerima dana dari negara asing.
Selepas kritik dan kutuk pembangkang, kini beliau bersama-sama dengan mereka pula dalam PH dengan DAP, PKR, PAN dan PPBM serta disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU14 nanti. Kritikan ke atas DAP dan parti pembangkang dibuat ketika Abdul Rashid masih berkhidmat sebagai Pengerusi SPR.
Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan perkara itu bahawa Abdul Rashid berkata demikian pada 18 November 2015 sebelum beliau ditarik oleh Mahathir menyertai pakatan.
Dr Kamarul selaku Pengarah MAPAN UUM pernah menganjurkan satu majlis syarahan oleh Abdul Rashid di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) UUM.
“Salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan ialah mengenai DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook sebelum ini.
Video kritikan Abdul Rashid terhadap DAP itu boleh dilihat :
DAP didedahkan terima dana asing pada mulanya oleh bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP Mohamad Razali Abdul Rahman yang menyatakan bahawa DAP pernah terima sumbangan berjumlah RM1.2 bilion daripada kerajaan Israel.
Dalam satu ceramah di Putrajaya pada 2012, dia mendedahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berunding dengan pihak kedutaan Israel di Singapura tentang perancangan mereka untuk menghadapi PRU13.
Abdul Rashid sebenarnya adalah Pengerusi SPR ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dari tahun 2000 hingga 2008. Pada tahun 1979, Abdul Rashid dilantik sebagai Setiausaha SPR kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan bermula tahun 1995.
Persoalan yang timbul iaitu adakah Mahathir sebelum ini mempergunakan SPR untuk kepentingan dirinya melalui Abdul Rashid?
Ketika mengutuk DAP, Abdul Rashid berkata pada mulanya beliau merasakan pihak pembangkang adalah pihak yang mahu kemasukan dana politik untuk parti dipantau tapi sebenarnya parti cauvinis itu yang tidak mahu penerimaan dana politik dipantau.
Beliau juga mengutuk portal-pro pembangkang, Malaysiakini yang turut didakwa oleh beliau menerima dana dari pihak asing. Sudah lama jadi Pengerusi ketika zaman Mahathir, kini mungkin Abdul Rashid ada hutang yang perlu dibayar kepada bekas Perdana Menteri itu sampai terpaksa tunduk akur menyokong DAP termasuk bersekongkol sekali dengan PH.
Sepatutnya sebagai seorang bekas Pengerusi badan bebas iaitu sebuah suruhanjaya, Abdul Rashid sepatutnya terus kekal tidak menyokong mana-mana pihak. Namun sebaliknya, Rashid sanggup jadi kuda DAP sekarang ini untuk mendapatkan undi Melayu.
Abdul Rashid kemudian mengutuk orang ramai yang #BersamaBN menyokong Barisan Nasional untuk #HebatkanNegaraku bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika dalam SPR, duduk diam membisu makan gaji dengan kerajaan tapi apabila sudah tiada apa-apa, berpaling tadah menentang kerajaan dan mengatakan yang bukan-bukan serta tidak berasas.
Sekarang Lim Guan Eng nilaikanlah sendiri apakah layak Rashid ini dilantik sebagai menteri kerana pernah mengutuk DAP? Guan Eng sudah pasti tidak mahu orang sebegini ada dalam kabinet DAP.
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak ikhlas antara satu sama lain. Mereka sering tikam belakang dan masih lagi "confuse" dengan diri mereka yang sebenar. Mahathir ketua kah atau Wan Azizah yang ketua? Kalau begitu kenapa DAP pula yang umum Nga Kor Ming layak jadi menteri?
Jangan percayalah pakatan semacam ini. Dulu mereka mengutuk sesama mereka, hari ini pun sama, di belakang pentas mereka bergaduh sakan sesama mereka. Kerana gila kuasa sahaja mereka berpakat. Lepas dapat kuasa, entah lah jadi apa pula selepas ini.
K7L : Jangan bagilah kuasa pada mereka ini.
No comments:
Post a Comment