20/04/2018
Masalah Air Tidak Selesai, Cubaan Kerajaan Negeri Pindah Duit Rakyat Kepada Kroni?
Isham Jalil ada mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah air di Selangor yang masih belum selesai sehingga ke hari ini. Kerajaan negeri Selangor didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap masalah air di negeri itu bagi memindahkan duit rakyat kepada kroninya.
Menurut Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil, kerajaan negeri Selangor akan membayar kepada syarikat air SPLASH sebanyak RM4.2 bilion kononnya untuk membantu satu lagi syarikat air iaitu SYABAS.
“Kerajaan negeri Selangor memegang saham yang besar dalam syarikat air SPLASH dan SYABAS. Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas kedua-dua syarikat ini.
“Apabila SPLASH menyaman SYABAS sebanyak RM4.2 billion baru-baru ini, SYABAS berkemungkinan besar akan bankrap,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekiranya SYABAS bankrap, berjuta-juta rakyat di Lembah Kelang akan menghadapi masalah air yang lebih kerap dan berlanjutan. Ini akan menjadi masalah yang amat besar kepada keseluruhan ekonomi, kesihatan dan keselamatan awam.
“Oleh yang demikian, mereka juga tentunya tahu bahawa sekiranya SPLASH menang saman mereka ke atas SYABAS, ini akan “memaksa” Kerajaan Pakatan Selangor untuk mengambil kesempatan bagi kononnya “menyelamatkan” atau bail out SYABAS untuk membayar syarikat kroni mereka iaitu SPLASH sebanyak RM4.2 billion,” katanya lagi.
Tindakan tersebut ujar Isham akan menipiskan atau mengosongkan simpanan rizab perbendaharaan negeri dan menjejaskan keadaan kewangan Kerajaan negeri Selangor.
“Jika ini berlaku, berbillion duit rakyat Selangor akan berjaya dipindahkan daripada perbendaharaan negeri kepada syarikat kroni oleh Kerajaan Pakatan.
“Kroni Pakatan akan menjadi lebih kenyang lagi namun Kerajaan Negeri Selangor akan bankrap,” katanya.
Sumber: Isham Jalil
No comments:
Post a Comment