29/04/2018

Mahkamah Dan Polis Indonesia Sudah Sahkan Kapal Equanimity Tiada Kaitan Dengan 1MDB #TsunamiPHitnah




Ramai penyokong pembangkang sudah mula menyembunyikan muka mereka dalam semak samun bila keluarnya berita keputusan mahkamah tentang kapal Equanimity.

Selama ini penyokong bolasepak sahaja yang berbuat demikian, semalam khabarnya ramai penyokong pembangkang yang lari sembunyi dalam semak samun, malah ada pemimpin pembangkang terus masuk gua bila keputusan mahkamah itu keluar.

Dalam kes rampasan kapal layar mewah Equanimity oleh pihak berkuasa Indonesia pada 26 Februari lepas, Polis Indonesia sudah mengesahkan bahawa kapal berkenaan tiada kaitan dengan 1MDB.

Sekarang kita tunggu dan lihat apa Pakatan #HarapanPalsu (PH) dan #HarapanFitnah hendak buat untuk manipulasi tentang kenyataan ini. Semalam bila isu kapal ini selesai mereka buka pula cerita lama tentang IPP Langat yang sudah berulang kali dijawab oleh 1MDB.

Malah dijangkakan menjelang hari pengundian nanti, akan ada lagi isu isu “recycle” yang akan dimainkan untuk terus mengelirukan rakyat dan pengundi, padahal semua perkara itu sudah pun dijawab sebelum ini.

Penipuan pembangkang kononnya 1MDB ada kaitan dengan kapal Equanimity terbukti tidak benar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ekonomi dan Khas POLRI Brigadier Jeneral Dr Rudy Heriyanto berkata Mahkamah menyatakan bahawa tindakan menyita kapal berkenaan adalah tidak sah serta tidak mengikut lunas undang-undang.

"Justeru itu, Mahkamah memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon iaitu Equanimity Cayman Ltd selaku pemiliknya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mahkamah Indonesia pada 17 April lalu mendapati tindakan pihak berkuasa Republik itu menyita kapal berkenaan di perairan Bali adalah tidak sah.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Ratmoho memerintahkan supaya kapal itu yang bernilai hampir RM1 bilion dikembalikan kepada pemilik asalnya. Keputusan untuk memulangkan semula Equanimity dibuat selepas mahkamah mendapati pihak berkuasa Indonesia tidak mematuhi prosedur undang-undang ketika melakukan rampasan itu.

"Sitaan itu tidak sah, justeru mahkamah membatalkannya," perintah Ratmoho. Berdasarkan keterangan dalam prosiding mahkamah kapal layar berkenaan adalah milik sah Equanimity Cayman Ltd. Dakwaan bahawa kapal itu ada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.

Kapal mewah itu, sebelum ini dilaporkan media disita oleh Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS). Kini, pemilik kapal sudah membawa tindakan menyita kapal itu secara tidak sah selama enam minggu di mahkamah Indonesia dan AS.

Pada 30 Mac lepas, Equanimity menyifatkan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu berkenaan dan pemilik kapal itu memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah untuk kedua-dua negara membuktikannya.

Kapal berkenaan didakwa kononnya dibeli oleh ahli perniagaan Jho Low dengan menggunakan wang yang diambil dari 1MDB secara haram. kapal Equnaimity adalah sebahagian daripada beberapa aset yang dikatakan dibeli antaranya lukisan, rumah mewah dan juga penerbitan sebuah filem di AS.

DOJ sendiri menangguhkan kes berkaitan aset-aset itu tahun lepas kerana tidak ada bukti kukuh serta tidak ada langkah diambil untuk membuktikan sebarang salah laku berlaku.

Sepatutnya, perlu ada aduan dari satu sumber yang sah bahawa ada salah laku jenayah dilakukan bila ada dakwaan mencuri wang dari syarikat 1MDB. Dalam kes ini, tidak ada sebarang aduan salah laku jenayah dibuat. Malah PAC sudah buktikan tiada wang 1MDB yang dicuri dan hilang.

Siasatan dari DOJ hanyalah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak ketiga (Sarawak Report) yang mendedahkan kes itu tanpa sebarang bukti sahih bahawa ada jenayah sudah dilakukan. Oleh itu, kes itu tidak ada asas kukuh untuk disiasat sebagai kes jenayah. Mereka hanya laksanakan langkah penyitaan sivil aset berkenaan berasaskan maklumat pihak ketiga semata mata.

DOJ tidak memanggil individu yang dinamakan di dalam saman sivil itu untuk sebarang pembelaan. Ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan. Kredibiliti DOJ boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Mahathir, pemimpin PH dan macai pakatan sudah tidak ada modal lagi untuk serang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB. Kapal layar, kapal terbang dan lukisan sah dibeli bukan dengan duit 1MDB.

Baca pautan ini : Tok Adi Maras Justice

Lebih baik rakyat negara ini bincang mengenai #ManifestoBN yang lebih realistik untuk masa depan negara ini. #HebatkanNegaraku dan #DahulukanRakyat daripada dengar cerita bohong Mahathir dan pembangkang.

Kebenaran tentang kes kapal Equanimity sudah terbongkar, kebenaran tentang RM2.6 bilion pun sudah diketahui. Sekarang pihak berkuasa di Indonesia sendiri sudah sahkan kapal mewah berkenaan tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Jadi, jangan undi pembangkang yang hidup berasaskan penipuan dan hasutan semata-mata.

No comments:

Post a Comment