04/05/2016

DAP Mahu Pelihara Tanah Adat Sarawak - Tahu Apa Jadi Dengan Tanah Di Pulau Pinang?



Kini antara isu yang dibawa oleh DAP bagi memancing undi beberapa kawasan yang mereka bertanding dengan majoriti rakyat Dayak selain daripada isu kitar semula seperti GST dan RM2.6 Billion, DAP juga cuba nak jadi hero dalam isu Tanah Adat.

Tanah Adat di Sarawak ataupun NCL ini sebenarnya DAP sendiri tidak faham apa makna sebenar. Mereka hanya cuba menunjukkan konsistensi melawan hak tersebut supaya nampak hero sahaja.

Namun tahukah rakyat Sarawak apa yang berlaku di Pulau Pinang setelah lebih kurang 6 tahun DAP memerintah di sana? 

1. 29 Buah Kampung Tradisional telah dilenyapkan 

Satu persatu kampung yang selama ini tidak diganggu termasuk Kg Buah Pala yang dahulunya menjadi penyokong kuat PKR. Akhir sekali pembangkang di Pulau Pinang yang memusnahkan kampung mereka.

2. Tanah Bukit digondolkan untuk projek membina kondominium mewah

Banyak kawasan di Pulau Pinang yang merupakan kawasan bukit tetapi kini apabila tanah digondolkan untuk projek pembangunan, masalah mendapan dan runtuhan tebing sungai mula berlaku dan menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terbabit. 

Semuanya kerana nak buat projek rumah mewah tanpa memikirkan kesan kepada rakyat Pualu Pinang.

3. Tanah milik Kerajaan Negeri daripada 33% kini hanya tinggal 8% 

Selebihnya telh dijual kepada pihak swasta untuk dibangunkan projek-projek rumah mewah. Aset kerajaan yang patutnya dapat membantu rakyat telah dijadikan lubuk duit. 

Mahukah rakyat Sarawak terima benda yang sama? Jangan bagi walaupun satu kerusi kepada mereka. Sebab mereka hanya mahu kuasa, bukan berkhidmat untuk rakyat.

K7L : Tolak DAP...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk