05/04/2016

UTC Antara Inovasi Terbaik Kerajaan Barisan Nasional!



Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara sebagai salah satu inovasi terbaik kerajaan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Perdana menteri berkata penubuhan UTC adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat ditawarkan dengan kaedah paling inovatif dan kreatif.

"UTC kita merupakan antara model terbaik di dunia sehingga Bank Dunia menyifatkan ia sebagai satu contoh," katanya ketika berucap merasmikan UTC Miri, di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia berada jauh di hadapan kerana kebanyakan negara maju tidak mempunyai pusat seumpama itu yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penting di bawah satu bumbung kepada rakyat dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum dan hujung minggu.

UTC Miri merupakan kedua di Sarawak selepas Kuching dan sebuah lagi akan dibuka di Sibu tidak lama lagi.

Najib berkata tahun lepas, sebanyak 11.5 juta orang mendapatkan perkhidmatan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di 12 buah UTC di seluruh negara sejak inisiatif itu dimulakan pada 2012. -
Bernama

Keris amat bersetuju dengan pandangan YAB Perdana Menteri berkaitan UTC yang dikatakan sebagai antara perancangan yang dilaksanakan dengan inovasi dan sistematik.

Maklum balas menunjukkan orang ramai sangat puas hati dan selesa dengan kemudahan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung di UTC. Semua benda ada di situ dan memudahkan banyak urusan dalam satu masa.

Warganegara juga boleh mendapat rawatan perubatan di Klinik 1Malaysia di UTC dengan bayaran yang sangat rendah

Ini membuktikan Kerajaan Barisan Nasional tidak mengamalkan politik menghasut kebencian terhadap pemimpin tetapi sebuah kerajaan yang hanya mahu berkhidmat kepada rakyat dengan cara yang paling berkesan.

K7L : Terbaik UTC!...

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk