22/04/2016

Ulasan Pemimpin Sarawak Terhadap Tan Sri Adenan Satem


Kita nak tahu juga apa kata pemimpin daripada Sarawak berkata tentang Ketua Menteri Sarawak. Kita dengar ulasan YB Abdullah Saidol tentang perkara ini :


LIM Kit Siang sendiri termasuk beberapa pemimpin DAP Sarawak mengaku peningkatan populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem merupakan cabaran terbesar mereka dalam berhadapan Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak.

Justeru, apa yang amat dinantikan pemimpin-pemimpin pembangkang ialah untuk menyasarkan serangan politik mereka yang lebih agresif terhadap Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Kita semua maklum DAP kini timbul dengan macam-macam tuduhan dalam usaha sehabis baik untuk menafikan dan memperlekehkan inisiatif dan kejayaan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan populariti Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang bukan sembarangan.

Selepas dua tahun Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri, beliau telah mengilhamkan dan mengumumkan tidak kurang daripada 50 tindakan dan dasar utama yang semuanya menggariskan hasratnya mahu Sarawak bergerak maju daripada aspek pembangunan dan memperbaiki kebajikan rakyat.

Majoriti rakyat Sarawak menyaksikan pencapaian Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem setakat ini.

Sejak hari pertama, beliau begitu teruja tentang pembangunan luar bandar dan beliau memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar yang menyaksikan beliau dua kali memohon untuk dana tambahan yang tidak kurang RM500 juta menerusi dua kali pembentangan bajet di Dewan Undangan Negeri pada 2014 dan 2015.

Pada masa yang sama, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem amat lantang dan amat serius mengenai semua usaha tentang isu penurunan dan pengagihan kuasa dengan kerajaan persekutuan.

Jika orang berpendapat inisiatif Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengenai menyemak dan mengkaji semula hak perlembagaan dan pentadbiran cuma retorik politik, saya berani mengatakan anda bukan orang Sarawak sebenar.

Semua warga Sarawak perlu membuktikan kita menyokong penuh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam agenda ini. Dan anda seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan ketika pilihan raya kelak.

Adakah Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem keseorangan dalam perjuangannya? Tidak, beliau semestinya bukan keseorangan. Ya memang beliau popular tetapi kita tidak akan bersikap ambil mudah dan tidak menumpang populariti beliau sepenuhnya.

Kita dalam BN amat memahami dan menghayati misi politik dan hasratnya.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kerap kali mengingatkan kami sebagai wakil rakyat agar memberi khidmat terbaik di kawasan untuk mengukuhkan asas, bukan sekadar daripada perspektif politik tetapi lebih mustahak ialah memperolehi keyakinan rakyat dengan menunjukkan keinginan yang tinggi untuk berkhidmat dan berani menyuarakan keperluan rakyat.

Saya tidak kisah untuk memberitahu, semua wakil rakyat terutama YB-YB daripada BNBBC Sarawak sentiasa mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan KM Adenan sekiranya beliau mendengar rungutan di peringkat akar umbi.

Beliau tidak memulakan kata-kata dengan kiasan jika beliau mengadakan perjumpaan dengan kami apabila berurusan tentang isu dan kebajikan rakyat. Beliau mahu ia diselesaikan secepat mungkin.

Semua tuduhan oleh pembangkang mengatakan menyokong Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sama seperti menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau UMNO merupakan tanggapan jahat dimanipulasikan oleh pembangkang terutama DAP.

Semakin terserlah pembangkang kini semakin terdesak dan ketandusan ilham dalam mengekalkan kedudukan mereka dalam politik.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, DAP mencabar Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyatakan pendiriannya mengenai UMNO. Beliau membalasnya dengan satu syor agar kami segera membentangkan rang undang-undang untuk tidak membenarkan bukan sahaja UMNO tetapi semua parti-parti politik berasal dari Semenanjung Malaysia agar tidak beroperasi di Sarawak. Tetapi wakil-wakil rakyat DAP hilang akal dan tidak berani menyahut syor Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem juga menyuarakan dengan jelas dan lantang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang kita akan terus menyokong Datuk Seri Najib Razak kerana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi jika Najib terbukti terbabit dalam salah laku hingga menjejaskan negara, kemudian baharulah kita menilai semula kesetiaan kita kepada Datuk Seri Najib Razak.

Majoriti daripada pembangkang merupakan peguam-peguam berpengalaman, dan sudah pasti mereka sangat maklum tentang prinsip asas perundangan bahawa seseorang tidak bersalah selagi belum dibuktikan dan sabit kesalahan.

Pilihan Raya Negeri ini ialah mengenai rakyat Sarawak untuk menentukan siapa yang mereka pilih untuk mentadbir dan mengurus kerajaan.

Apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak ada kaitan dengan kita di Sarawak. Kita akan menentukan nasib dan kita akan lakukan dengan cara kita.

Mungkin tidak keterlaluan bagi saya untuk mengatakan agar kita warga Sarawak menunjukkan kepada rakan kita di Semenanjung Malaysia bagaimana kita di Sarawak mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum.

Baru-baru ini YB Chong Chieng Jen (pengerusi DAP Sarawak) menuduh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah gagal dalam rundingan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan dan mencadangkan sekarang ialah masa sesuai untuk memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan ketika harga minyak rendah.

Ini merupakan kenyataan yang sungguh tidak masuk akal oleh YB Chong yang juga naib presiden DAP kebangsaan. Jika beliau ingin melihat kegagalan dan janji yang tidak dikotakan, beliau boleh pergi ke Pulau Pinang, sebuah kerajaan DAP yang diketuai bukan anak Pulau Pinang.

Rundingan mengenai royalti minyak dan gas serta penurunan kuasa pentadbiran bukan lagi berada di peringkat awal dan ia telah dilakukan dengan penuh diplomatik dan pendekatan bersama yakni kepentingan kebangsaan juga wajar diambil kira.

Ia bukan seperti rundingan penuh serabut dan pertelingkahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti pembangkang, kami dalam parti komponen BN tidak mengamalkan politik konfrontasi dan pertelingkahan.

Secara umumnya, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberikan lebih daripada apa yang kami dalam BN janjikan menerusi Pilihan Raya Negeri yang lepas.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memohon daripada kita warga Sarawak untuk menyokong dan memberikannya peluang satu penggal lagi bagi mencapai visi dan wawasan demi kebaikan Sarawak. Katanya, lebih banyak perkhabaran gembira akan disampaikan.

Semua kita warga Sarawak tidak kira bangsa dan agama bersetuju Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ialah seorang Ketua Menteri yang sentiasa ada Sarawak dalam jiwanya dan ada rakyat dalam hatinya.

Justeru, marilah kita memberi mandat yang besar kepadanya yang belum pernah dicapai Sarawak.

Sumber : The Borneo Post

K7L : Hidup Barisan Nasional..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk