12/04/2016

Shabery Cheek Umum Hadiah Untuk Rakyat Sarawak!


Alhamdulillah! Kerajaan Persekutuan juga membantu pembangunan rakyat Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang kini dipimpin oleh Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem.


Baru-baru ini telah ada satu pengumuman oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Sempena Program Jalinan Tani Bario di Bario, Sarawak.

Antara yang diumumkan adalah : 


Sebanyak RM350,000 telah diperuntukkan untuk pembangunan pusat pemprosesan garam bukit Bario. Sekaligus dapat membantu mempercepatkan proses serta menambah bilangan produk bagi membantu pengusaha-pengusaha mendapat keuntungan yang lebih.



RM20,000 diberikan kepada Bamboo Band bagi membolehkan kumpulan ini memberikan persembahan terbaik kepada para pelancong yang datang ke Bario.

Selain memberi pendapatan kepada kumpulan terbabit, Kerajaan juga mengambil peluang ini untuk menjadikan kumpulan tersebut sebagai antara tarikan pelancong untuk datang dan melacong di Bario.


Sejumlah RM10,000 diberikan kepada penduduk asal Bario untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti pertanian. Ini merupakan insentif bagi membantu penduduk asal Bario menjana pendapatan melalui pertnaian.


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan sekaligus menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan dalam menggalakkan sektor agro-pelancongan di Bario. 

Dalam masa yang sama ia dapat menjana pendapatan lebih penduduk setempat daripada pelbagai sektor termasuk perhotelan, kedai makan, tempat-tempat lawatan dan dapat menambah peluang pekerjaan di sana.


Suntikan sebanyak RM50,000 kepada pengusaha industri nanas di Bario, selain daripada LPNM akan memberikan khidmat latihan dan sokongan kepada industri ini. Mudah-mudahan dengan suntikan tersebut ia dapat menjana lebih banyak hasil nanas serta melahirkan lebih ramai petani moden di Sarawak.

Ini merupakan satu usaha yang baik daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak. Semoga Rakyat Sarawak terus memilih BN menerajui negeri Sarawak.

K7L : Budi baik dibalas baik..jangan percaya fitnah...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk