01/04/2016

Pergolakan DAP Selepas Mereka Yakin Guan Eng Tidak Kuat?



Isu skandal rasuah ini sebenarnya memberi tekanan yang hebat kepada seluruh kepimpinan DAP. Disebabkan itu ramai yang mula bersuara setelah merasakan Guan Eng akan menjadi terlalu sibuk mempertahankan diri.

Sebelum ini juga DAP Pulau Pinang pernah melontarkan isu agar Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja. Kerana dia sendiri mungkin tidak bersetuju untuk mengekalkan orang yang bukan berasal daripada Pulau Pinang untuk terus menerajui Kerajaan Negeri.

Apatah lagi apabila seorang Ketua Menteri telah terlibat secara langsung dengan skandal rasuah melibatkan rumah banglo dan tanah membuatkan kenyataan untuk menukar kepimpinan Kerajaan Negeri diperlukan.

ADUN Tanjung Bungah (DAP), Teh Yee Cheu mahu supaya Lim Guan Eng bercuti sementara siasatan SPRM ke atasnya selesai. Apa lagi tunggu sila bercuti dan bersedia menerima keputusan siasatan.

Kalau tengok pada cara nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang akan ditukar lebih awal sebelum PRU14. Kemungkinan untuk PRK tidak ada kerana telah habis haul untuk mengadakan PRK.

Sekarang apa yang sedang berlaku DAP Pahang mula berpecah, ada yang sokong LIM dan ada yang tidak. Melaka sudah sampai jadi Adun Bebas. Di Perak mereka bertelagah sesama sendiri. Di Johor sampai ada yang tak mahu datang program.

Akhirnya mereka yang melawan sudah berani keluar taring tatkala Guan Eng dalam keadaan lemah dan rapuh macam biskut merry.

K7L : DAP akan adakan pemilihan jika Guan Eng didapati bersalah?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk