19/04/2016

DAP- PKR Masih Berebut Kerusi Di Sarawak Sebenarnya?



Sejak daripada dahulu lagi masalah pembahagian kerusi sentiasa akan bermasalah kalau datangnya daripada pembangkang. Penyatuan mereka sebenarnya dilihat sia-sia dan tidak sepakat pun.

Rundingan mengenai pembahagian kerusi antara DAP dan PKR peringkat negeri bagi Pilihan Raya ke-11 Sarawak (PRN-11) sehingga kini masih belum selesai biarpun mereka umum ianya sudah.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian cakap lain, manakalah Pengerusi DAP Sarawak pula cakap lain. Dikhabarkan PKR Sarawak hanya dimaklumkan bahawa keputusan mengenai rundingan yang masih berlangsung mengenai peruntukan kerusi di peringkat kebangsaan dalam kalangan parti Pakatan Harapan adalah tidak sejajar dengan yang diputuskan di peringkat negeri.

Kini mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR membuat keputusan menarik balik mandat yang diberi kepada pemimpin PKR peringkat kebangsaan untuk berunding dengan parti lain dalam Pakatan Harapan di Kuala Lumpur berhubung perkara itu.

Haha! Dan DAP Sarawak nampaknya berkeras mahu bertanding lebih kerusi berbanding tahun 2011. 29 kerusi DUN yang akan ditandingi DAP itu merangkumi 15 kerusi majoriti pengundi Dayak, 13 kerusi majoriti Cina dan satu kerusi di kawasan majoriti kaum Melayu.

Pada pilihan raya negeri 2011, DAP bertanding di 15 kawasan dan menang 12 daripadanya, manakala PKR bertanding 49 kerusi dan menang hanya tiga daripadanya. Maka DAP sudah mula naik tocang di Sarawak?

K7L : Baru Bian dah jadi 'hanjing' je kat sana?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk