04/03/2016

PAS Sah Sokong Perdana Menteri Dan Barisan Nasional?



1. PAS menghargai pelawaan YABhg. Tun Dr Mahathir untuk PAS sama-sama hadir dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan pada hari Jumaat ini.

2. Sehubungan dengan perkara tersebut, PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada pada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.

3. Melihat kepada suasana politik, ekonomi dan sosial negara yang amat gawat disebabkan urustadbir negara yang tidak keruan, maka PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu-isu 1MDB, Dana Politik RM2.6 billion, Skandal SRC International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

4. Dalam hal ini juga, PAS konsisten dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara.

5. Bagi menyelesaikan polimik semasa yang tiada penghujungnya kini serta keengganan Kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak, PAS menuntut supaya Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan Pilihanraya Umum diadakan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat hari ini yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.

6. Selaras dengan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersama PAS dan Blok Politik Ketiga sebagai Alternatif menggantikan kerajaan hari ini ke arah membina negara Malaysia yang lebih baik, sejahtera dan cemerlang.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Bertarikh: 3 Mac, 2016.

Uishh!.. Nampaknya PAS dah buat DAP betul-betul marah. Apakah PAS akan kacau DAP di Sarawak kelak? Kit TUNGGU dan lihat.

K7L : DAP confirm meroyan..

1 ulasan:

  1. Haji Hadi kata dia nak jadi BLOK KETIGA.
    Itu ertinya dia sokong Najib ke.........???
    Kalau nak jadi BLOK ke3 - makananya dia tak
    menyebelahmana-mana parti - dia sendirian
    berhad. Bn pun dia tentang, PR pun dia tolak.
    Dia akan letak calon tentang SEMUA ORANG.
    Lainlah Hadi Bawabng istihar PAS sebahagian daripada BN, barulah betul dia sokong Bijan.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk