06/01/2016

Vaksin Untuk Anak - Pastikan Mengikut Jadual!



Konsep vaksinasi bermula sejak 1000 SM apabila pengamal perubatan traditional mendapati pesakit yang dijangkiti sesuatu penyakit akan menghasilkan imunisasi semulajadi terhadap penyakit tersebut. Vaksin adalah virus penyakit yang telah dilemahkan. Meskipun kita boleh mendapatkan imunisasi semulajadi dengan cara menjangkiti penyakit tersebut, ia tidak digalakkan kerana setengah penyakit mungkin membawa maut.

Bakteria dan virus diproses samada dengan mendedahkannya kepada haba yang tinggi atau mengubah unsur genetik sel mereka. Ia kemudiannya dijadikan vaksin yang dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara suntikan atau dimakan. Sejurus selepas vaksin memasuki tubuh, sistem imun kita akan merawatnya sama seperti antigen atau kuman yang lain, mengenalpasti dan mengasingkannya.

Perbezaannya ialah kuman ini tidak lagi merbahaya kepada tubuh kita kerana ia bukan kuman asli yang boleh menyebabkan kita sakit. Namun begitu, sistem imun kita tidak dapat membezakan antara bakteria “asli” atau yang “palsu”. Ia akan menganggap kita menghadapi serangan kuman. Seperti berdepan dengan kuman yang sebenar, sistem imun akan membina memori imun kuman dalam vaksin itu. Jika kita menghadapi serangan kuman “asli” pada masa depan, kita akan dilindungi kerana tubuh kita telah imun terhadapnya.

Vaksin pertama telah ditemui oleh Dr. Edward Jenner dalam tahun 1970an untuk demam cacar, penyakit merbahaya yang telah meragut beribu-ribu nyawa di Eropah. Sejak itu, pelbagai vaksin telah dicipta dan menyelamatkan berjuta kanak-kanak dari penyakit berjangkit yang merbahaya. 

Berikut adalah jadual untuk vaksin bermula daripada kelahiran sehingga bayi berumur dua tahun.


K7L : Mencegah lebih baik daripada merawat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk