12/01/2016

PKR-PAN Tandatangan Jadi Hamba Politik DAP?


 

Perjanjian kerjasama politik ditandatangani DAP, PKR dan PAN tempoha harimembolehkan mereka menggugurkan mana-mana parti yang didapati melanggar serta tidak menepati kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Perjanjian dibuat susulan kerjasama politik menerusi pakatan sebelum ini gagal ekoran Pas dan DAP masing-masing memutuskan hubungan kerana perbezaan pendirian dalam isu-isu tertentu antaranya pelaksanaan hudud dan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Dominasi dalam pakatan pembangkang baharu itu juga bergantung kepada kekuatan dan keanggotaan parti serta bilangan wakil rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun begitu apa yang membuatkan Keris bingung, mengapa Azmin Ali masih tidak diambil tindakan di atas kedegilannya menyimpan tiga exco PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor?

K7L : DAP salah tak apa.. yang lain kena hukum..

No comments:

Post a Comment