18/01/2016

Kes Guru Besar SJKC Pai Chee - Harap Diselesaikan Dengan Baik!


 

Isu Guru Besar SJKC Pai Chee menghina guru Melayu di Mersing terus menjadi isu panas di media sosial dan mendapat kecaman terutama orang Melayu . Tindakan segera oleh Menteri dan KPM hanyalah tukarkan Guru Besar berkenaan ke PPD .

Tetapi sebenarnya untuk win-win situation, lebih baik Guru Besar itu letak jawatan atau dibuang daripada bekerja. Ia boleh menjadi peringatan buat guru-guru yang lain tidak mengira bangsa supaya tidak rasis.

Lagipun tindakan Guru Besar itu kalau diikutkan telah melanggar titah Sultan Johor yang tidak mahu masalah perkauman berlaku di negeri ini .

Guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pai Chee Mersing ditukar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sehingga siasatan selesai manakala tiga guru Melayu yang mengajar di sekolah tersebut 'digerakkan keluar' kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Mahazir, semua pihak perlu bertenang dan ia bukannya isu perkauman.

"Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh tiga hari bermula dari tarikh siasatan awal.... kes seperti ini jarang berlaku," katanya dalam posting di facebook rasminya.

Sebelum ini, guru besar di sekolah berkenaan didakwa berkelakuan kurang sopan dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman.

Media memetik laporan seorang guru mendakwa mereka terdiri daripada empat orang guru Melayu, dua orang mengajar Bahasa Melayu, seorang mengajar Bahasa Inggeris dan seorang lagi ustaz yang mengajar mata pelajaran agama Islam.

 

Adil itu bermakna meletakkan sesuatu ditempat yang betul. Maka tidak salah jika Guru Besar itu dihukum setimpal dengan tindakannya dan menjadi pengajaran buat orang lain supaya tidak mengulanginya.

K7L : Hari ini kita cakap baik je...

1 ulasan:

  1. sampai bila nak bertolak ansur..??? takkan asyik2 melayu je yg mengalah dan dikenakan tindakan walau dihina di negara sendiri... takkan kerana undi, takut pula nak bertindak...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk