27/01/2016

Apa Pula Kata Bank Negara Malaysia Pasal Surat Kepada Tabung Haji?



Dengan andaian bahawa isu kebocoran surat dari BNM kepada Tabung Haji adalah benar, berikut adalah beberapa fakta mengenainya :

1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.

Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.

Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.

2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.

3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut - iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.

Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.

4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.

Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.

Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.

Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membuat pulangan sebanyak 200% ke atas pelaburan hartanah di UK.

TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.

Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada 1700 mata - ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.

Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion - yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.

Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion - atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.

Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.

Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.

Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.

Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.

K7L : Apa lagi mereka nak burukkan?..

1 ulasan:

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk