07/12/2015

RUU MKN 2015 Tidak Ambil Alih Kuasa YDP Agong



Ramai yang tidak faham serta telah dikelirukan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk cubaan melaga-lagakan pihak Kerajaan dengan Institusi Diraja. Keris ambil inisiatif untuk berkonsi sedikit maklumat tentang RUU MKN 2015 yang dibentang di Dewan Rakyat minggu lepas.

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 memperuntukkan 15 kuasa khas kepada Pengarah Operasi dan pasukan keselamatan bagi mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bacaan kali pertama itu antara lain menyebut Pengarah Operasi dilantik bertanggungjawab bagi operasi di dalam sesuatu kawasan keselamatan.

Pasukan keselamatan pula terdiri daripada Polis Diraja Malaysia; Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan; Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Rang undang-undang itu memperuntukkan bidang kuasa khas merangkumi penahanan masuk dan pemindahan orang; perintah berkurung; kuasa untuk mengawal pergerakan jalan; kuasa menangkap; kuasa untuk memeriksa dan menyita; kuasa untuk menggeledah premis bagi benda berbahaya; kuasa untuk memeriksa orang bagi benda berbahaya dan kuasa untuk menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut.

Antara kuasa khas Pengarah Operasi dan pasukan keselamatan lain ialah mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih; permintaan bagi sumber; pampasan, kuasa untuk memerintahkan pemusnahan bangunan tertentu yang tidak dihuni; penggunaan kekerasan yang munasabah dan perlu; kuasa untuk mengetepikan inkues dan penyerahan orang yang ditangkap dan benda yang disita kepada polis.

Dalam kuasa khas perintah berkurung, Pengarah Operasi boleh memerintahkan semua orang di dalam kawasan keselamatan atau mana-mana bahagian kawasan keselamatan untuk berada di dalam tempat kediaman atau bangunan antara waktu yang ditentukan dalam perintah yang dikeluarkan oleh pengarah operasi.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah itu dengan melakukan suatu kesalahan dan boleh disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan anggota pasukan keselamatan boleh, tanpa waran, menangkap mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di kawasan keselamatan.

Rang undang-undang itu turut memperuntukkan keanggotaan MKN terdiri daripada perdana menteri sebagai pengerusi, timbalan perdana menteri sebagai timbalan pengerusi diikuti tiga menteri yang dipertanggungjawab bagi pertahanan, hal ehwal dalam negeri serta komunikasi dan multimedia selain dianggotai Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.

Perdana menteri juga, atas syor Ketua Setiausaha Negara, akan melantik seorang dalam kalangan pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Keselamatan Negara serta Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan apa-apa bilangan pegawai dan perkhidmat lain dalam kalangan pegawai awam.

Ia juga mencadangkan memberi perdana menteri kuasa untuk mengisytiharkan kawasan tertentu di negara ini sebagai kawasan keselamatan.

Turut diperuntukkan dalam rang undang-undang berkenaan ialah sebarang arahan, perintah atau keputusan yang dibuat MKN yang sedia ada terus berkuatkuasa selaras dengan akta ini.

K7L : Kalau tak faham tanya.. jangan buat kesimpulan sendiri..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk