10/12/2015

Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Hentikan Segala Kenaikan?



Akhirnya, Pemuda UMNO Malaysia bersuara memberi pandangan serta kebimbangan akar umbi terhadap kenaikan yang dilihat begitu laju. Kenaikan demi kenaikan bermula daripada Tol kemudian pergi kepada harga tambang Komuter/ERL/LRT.

Entah apa lagi yang akan naik jika tidak dikawal. Maka selaras dengan itu suara sayap-sayap muda daripada UMNO yang terdiri daripada Pemuda dan Puteri senada bagi kedua-dua ketua mereka.

Keduanya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan segala kenaikan harga yang boleh meningkatkan kos sara hidup rakyat. Suara-suara muda ini memberi isyarat kepada kepimpinan supaya berwaspada dan ambil langkah pro aktif dalam membendung permasalahan ini.

Inilah bukti bahawa Pemuda UMNO masih berbisa untuk mendesak Kerajaan. Entiti yang berlainan daripada Kerajaan Persekutuan dibuktikan dengan gesaan keras sebegini. 

Pemuda UMNO semalam berkeras dalam kelembutan. Semoga UMNO kekal keramat di hati rakyat.

K7L : Jangan kata Pemuda UMNO tak buat kerja ya..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk