02/12/2015

Masalah Kucing Mati Juga Salah UMNO? - @Armand_PJU Sound Nik Nazmi Tepat!


 

Kongres entah apa nama telah dijalankan baru-baru ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan yang menang bukan kerana 'undi' tetapi 'pilihan Presiden' telah menerima protes daripada ahli AMK sendiri.

Masakan seorang Ketua di peringkat Pusat berucap tetapi kerusi kosong? Ini Keris sertakan gambar belakang tabir yang disebarkan oleh Ahli AMK yang bertugas di belakang pentas masa kongres dijalankan.

 

Ramai? Ramai sangatttttt.

Adakah ini semua salah UMNO? Tidak mustahil mengapa ramai yang tidak mahu mendengar ucapan Ketua AMK Pusat ini. Semua yang dihamburkan hanyalah keburukan pihak lawan.

Tiada satupun cadangan untuk memperbaiki kelemahan parti. Ini masalah bila diri sendiri tak tahu yang PKR sedang bergolak. Tak pernah turun kawasan sendiri walhal dipilih sampai jadi Speaker Negeri.

Keris tertarik dengan kenyataan Armand Azha yang turut merasakan Nik Nazmi terdesak bila tuduh YB KJ tak bagus :


Tertarik hati saya nak komen mengenai ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia YB Nik Nazmi dalam ucapannya di Kongres Nasional Tahunan PKR telah melancarkan satu serangan peribadi ke atas YB Khairy Jamaluddin. 

Mungkin ramai yang tak berapa nak kenal siapa Ketua AMK Malaysia selepas sdr Shamsul Iskandar, kerana jika nak bandingkan antara Nik Nazmi dan Shamsul ibarat langit & bumi.

Tapi persamaan antara kedua mereka adalah dari segi ketinggian tapi daripada segi gerak kerja jauh ketinggalan Nik Nazmi berbanding Shamsul.

Sebelum Nik Nazmi nak pertikaikan gerak kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin yang jelas ubah cara pensekatan dengan mengambil pendekatan politik khidmat bakti dalam penyelesaian isu2 yang begitu dekat dihati generasi muda. 

Ketika YB Nik Nazmi selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, boleh dikatakan amanat yang disampaikan kepada ratusan kerusi kosong didalam dewan utama. 

Perwakilan AMK sendiri tidak mahu mendengar ucapan ketua mereka yang dilihat lemah dan tiada aura dalam memimpin AMK. Atas kerana nak menutup kelemahan beliau sebagai Ketua AMK yang gagal maka pendekatan politik murahan digunakan dengan menyerang YB Khairy Jamaluddin.

Tapi bagi saya ucapan beliau ibarat "Seekor anjing yang salak pada bukit, bukit tidak akan runtuh atau tercalar pada salakan anjing kurap"

Untuk maklumat YB Nik Nazmi ketika beliau berucap dihadapan kerusi kosong, saya selaku salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin telah bersama masyarakat Dun Seri Setia buat program gotong royong bersihkan dewan dan kawasan kerana ancaman nyamuk denggi sekitar kawasan Seri Setia. 

Wahai YB Nik Nazmi Ketua AMK Malaysia, kawasan sendiri pun tak terjaga ada hati nak tegur pemimpin lain. Lebih baik cermin diri sendiri dahulu . Jika tiada cermin, saya sedia berikan sumbangan ikhlas pada YB Nik Nazmi.

Pemuda UMNO Malaysia dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin  "we walk the talk" , Angkatan Muda Keadilan dibawah YB Nik Nazmi "no action talk only" 

Salam sehati sejiwa.

ARMAND AZHA HJ ABU HANIFAH
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

30 NOVEMBER 2015

Kesimpulannya, apa yang Keris lihat kini AMK memerlukan ketua yang baru dan tidak bacul. Patut ramai tarik muka bila kata Nik Nazmi menang dahulu. Mereka tahu Nik Nazmi tak pandai buat kerja rupanya.

K7L : Izzah bodoh pun salah UMNO?..

2 ulasan:

  1. Bila bagi ceramah politik je cakap omputih..naik menyampah aku dgn Nikey nie..

    ReplyDelete
  2. Pendekatan terbodoh ketua AMK. Apa guna serang KJ dlm perhimpunan PKR. Tiada kesan kpd KJ, walau kudis sedikitpun. KJ tiada kepentingan dlm PKR atau AMK sekalipun, apa perlunya diserang. Sebijik cara langau, rajin cari buruk org sedangkan sampah sarap dan bangkai adalah makanannya sendiri.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk