16/10/2015

Rakyat Malaysia Jangan Tertipu Dengan Pakatan Yang Lindungi Dasar DAP!



Di dalam kekalutan dan kerosakan yang berlaku di antara DAP, PAS dan PKR di dalam Pakatan yang sudah hampir hancur, mereka masih cuba mencari diversion untuk menutup malu mereka.

Mereka hanya tahu mengkritik padahal mereka yang teruk dan penuh dengan pembohongan dan fitnah. Jika kita perhatikan kembali, ketiga-tiga ketua yang terdiri daripada Anwar, Lim Kit Siang DAP dan Abdul Hadi Awang PAS telah bersetuju dengan apa yang dipanggil 'Dasar Bersama' parti-parti tersebut.

Kononnya, Pakatan Pembagkang akan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Di antara yang kononnya diangkat dalam Dasar Bersama adalah 'komitmen' Pakatan Pembangkang untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153 seterusnya

Akan tetapi, 'Dasar Bersama' ini sebenarnya hanya merupakan satu pembohongan yang cuba memperbodohkan rakyat. Realitinya, dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :



Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik
dan

Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'


Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP dan sekaligus membuktikan pembohongan 'Dasar Bersama' Pakatan Pembangkang?

Perkara 89

Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu sebelum sahaja hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen
Perkara 90

Peruntukan khas mengenai tanah adat di negeri Sembilan dan Melaka dan tanah pegangan orang Melayu di Terengganu.

Perkara 153
Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

sumber: JPA Pencen

Persoalan besar sekarang :

1. Bukankah dasar parti DAP itu telah menghina Perlembagaan Malaysia?
2. Apakah DAP telah menghina keluhuran Perlembagaan yang termaktub dalam Rukun Negara yang tercinta ini?

Yang hairannya ialah kenapa isu ini tidak diperbesarkan agar rakyat menilai sendiri dasar chauvinis parti DAP ini?

Realitinya, ia merupakan satu isu yang sangat besar dan wajib dijawab oleh kepimpinan DAP iaitu Lim Kit Siang dan kroni tegar beliau, Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, jawab persoalan ini.


Yang lebih memalukan ialah penyertaan ahli-ahli baru kaum Melayu di dalam parti DAP dan kita percaya mereka itu juga adalah hasil daripada Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Dan sekarang, mereka bersetuju pula hak kaum Melayu dan bumiputera dilupuskan.


K7L : Jangan tertipu dan terima nasib macam melayu Singapura..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk