07/10/2015

PAS Tolak Amanah - PKR Kongsi Kerusi Dengan Amanah?


 

Nampaknya PAS sudah mula berkeras untuk tidak mahu ada sedikit hubungan pun dengan Parti Amanah Negara, parti baru yang ditubuhkan khas untuk menghancurkan PAS dan memastikan PAS tidak lagi hidup.

Dan apa yang kita jangkakan, PAN akan bertanding pada semua kerusi yang dipertandingkan oleh PAS. Dan mereka juga akan kekalkan kedudukan masing-masing seperti Shah Alam yang kini bertukar milik daripada PAS ke PAN.

 

Tetapi ada juga cerita mengatakan bahawa PKR mungkin akan membuat rundingan untuk berbahagi kerusi antara PAS-PAN. Namun suara Presiden PAS yang masih kekal setelah tidak berjaya dikalahkan puak liberalis PAN, tampak tegas untuk tidak berkongsi malahan ianya berbunyi seolah-olah PKR sendiri harus berkongsi sendiri dengan PAN.

Kini apa yang kita nak tahu adalah kedudukan PAS di Selangor. Dengan ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan yang baru terbentuk. Apakah Azmin masih kekalkan Exco PAS seperti Iskandar Samad ataupun kerusi tersebut akan berpindah kepada Saari Sungib atau Hasnol Baharudin?

K7L : Politik Monyet sedang berlaku dalam Pakatan...

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk