13/10/2015

Maki Penguatkuasa Melayu Dengan Panggilan Anjing - Hero DAP Atau Mangsa DAP?



GEORGETOWN - Dua lelaki yang mengeluarkan kata kesat dan menghalang tugas penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown sebentar tadi.

Tertuduh, Bok Kwong Shen, 25, bersama rakannya, Leong Wai Loon, 19, mengaku bersalah di hadapan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor terhadap pertuduhan bersama iaitu cuba menghalang tugas penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Mengikut pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa cuba membuka kunci yang dipasang di kereta oleh anggota penguatkuasa MBPP di Lebuh Campbell pada 7 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Hafiz Hashim menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh.

Sharifah Izura bagaimanapun menetapkan supaya kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 1, Wai Loon mengaku bersalah bagi pertuduhan berasingan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret L Umma Devi.

Dalam pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan yang menghina iaitu 'anjing' kepada anggota penguatkuasa MBPP dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menetapkan tertuduh membayar denda RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 November depan untuk menunggu laporan sosial dan fakta dan hukuman kedua-dua tertuduh. 


Cuba kalau yang maki itu Melayu, Seluruh Ahli DAP di Malaysia termasuk melayu-melayu suruhan DAP akan berdemo dan bercerita tak habis-habis sehingga mengaitkan si pemaki itu dengan UMNO.

Bila kena pada gang sendiri, mereka 'tutup mata'. Dasar Cauvinis yang mereka buat ini tidak boleh harmonikan negara. Semoga Allah beri bala pada DAP yang berterusan menggangu-gugat kesejahteraan Malaysia.

K7L : Padan muka ingat bagus sangat maki-maki ni?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk