19/10/2015

Jerebu Kembali Melanda - Jangan Lupa Minum Air! #TerimaKasihIndonesia


 

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan di Semenanjung Malaysia yang menca­tatkan paras tertinggi mengikut bacaan IPU pada pukul 5 petang adalah Cheras 103, Port Dickson 109, Petaling Jaya 109, Putrajaya 112, Bukit Rambai 114, Pelabuhan Klang 115, Nilai 117, Seremban 118, Bandaraya Melaka 121 dan Ban­ting, Selangor 122.

Katanya, bagi kawasan Sabah dan Sarawak pula, sebanyak dua kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Tawau 130 dan Samarahan 110.

“Sebanyak 27 kawasan lain mencatatkan IPU bacaan sederhana, manakala 11 kawasan lain mencatatkan paras bacaan baik setakat ini.

“Antara kawasan yang menca­tatkan bacaan IPU tahap sederhana adalah Alor Setar 57 Kota Tinggi 58 dan Perai, Pulau Pinang 66,” katanya menerusi laman web tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata, status kualiti udara tahap tidak sihat adalah berpunca daripada tiupan angin arah Barat Daya yang membawa pencemaran tersebut merentasi sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

“Keadaan ini berikutan terdapatnya dua ribut tropika yang aktif di Lautan Pasifik, iaitu Ribut Tropika Koppu dan Ribut Tropika Champi yang mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara ini.

“Taburan hujan juga dijangka berkurangan kerana kawasan serantau di negara kita akan dipengaruhi oleh tiupan angin Barat Daya dengan kelajuan yang sederhana. Sehubungan itu, hujan dan ribut petir boleh berlaku di kawasan pantai negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung, kawasan Pantai Sarawak dan Barat Sabah pada awal pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, hujan dan ribut petir di satu-satu tempat boleh berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, pedalaman Sarawak dan semua bahagian di Sabah. - Utusan

Nampaknya Jerebu masih belum ada pengakhirannya lagi. Ini sebenarnya merupakan Bala Allah kepada kita. Ini Keris baca sampai ada yang nak doa bagi jerebu teruk sebab nak cuti. Haihh.. Apapun ini tips dan peringatan buat semua :

  • Kurangkan Aktiviti Luar – banyakkan berada di dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar. Kalau bekerja, bawa bekal siap-siap dari rumah so waktu nanti rehat nanti, tak perlu keluar pejabat.
  • Minum air – Air merupakan perkara paling penting dalam tubuh kita kerana ia menyalurkan tenaga dan amat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan untuk minum 2Liter air sehari.
  • Jangan Merokok – Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan tahap kesihatan lebih terjejas.
  • Pastikan Rumah Sentiasa Bersih – Rumah yang bersih akan menyebabkan anda selesa dan terhindar daripada sebarang penyakit
  • Membasuh Tangan dan Muka setelah melakukan Aktiviti Luar – Anda harus mencuci muka dan tangan untuk mengelakkan kesan jerebu mempengaruhi tahap kesihatan anda.
  • Jumpa doktor – Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar perubatan jika kesihatan anda terjejas seperti demam akibat faktor masalah jerebu.
  • Gunakan Nasal Mask (Penutup Hidung) – Gunakan mask untuk melindungi anda daripada menghirup udara yang tidak sihat apabila berada di luar. Dengan penutup hidung serba sedikit boleh menghindari masalah jerebu di negara kita.
K7L : Jaga kesihatan...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk