21/10/2015

Isu Jerebu - Jangan Kata Kerajaan Tak Ada Usaha!


 

Jabatan Meteorologi bersama-sama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempergiatkan operasi pembenihan awan setiap hari bagi membantu mengurangkan keadaan jerebu yang semakin teruk melanda negara ketika ini.

Timbalan Setiausaha Majlis Ke- selamatan Negara (MKN), Ogu Salim Omar berkata, sejak dilaksanakan pada Mac lalu, sebanyak 65 operasi pembenihan awan telah dilakukan di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, operasi itu dijalankan secara berterusan oleh kedua-dua agensi itu bagi memastikan kualiti udara di negara ini kembali seperti sediakala.

“Arahan telah dikeluarkan kepada agensi berkenaan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan secara kerap setiap hari tetapi bergantung kepada keadaan cuaca untuk penerbangan serta kewujudan awan yang bersesuaian.

“Operasi ini dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca untuk penerbangan serta kewujudan awan kumulonimbus. Pembenihan awan akan diteruskan sehingga keadaan jerebu kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis menyambut kepulangan pesawat Bombardier CL-415 MP dan helikopter AS 365 N3 Dauphin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terlibat dalam misi memadam kebakaran di Sumatera Selatan di sini hari ini.

Keadaan jerebu yang melanda negara bermula Ogos lalu bertambah serius sejak tiga hari lalu sehingga menyebabkan sesi persekolahan di beberapa negeri terpaksa ditutup, selain turut menjejaskan sektor lain termasuk industri penerbangan.

Masalah tersebut berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia sehingga memberi kesan terhadap rakyat negara ini yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk kesihatan dan sebagainya. - Utusan

Keprihatinan pihak Kerajaan dalam membendung isu jerebu usahlah dipertikai. Sampaikan jerebu yang bukan berpunca daripada Malaysia mahupun Barisan Nasional dijadikan modla menyerang DS Najib.

Ini isu bala, bukan isu politik. Kena sama-sama usaha dan terus berdoa. Usah memandai-mandai untuk menuduh itu dan ini. Usaha tanpa henti daripada Kerajaan Malaysia sedikit sebanyak membantu dalam mengawal IPU yang kian teruk.

Apapun kita sebagai individu perlu mengurangkan aktiviti luar dan sebagai masyarakat, kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa memakai topeng muka di luar serta kurangkan aktiviti luar.

K7L : Banyak hal betul..

1 ulasan:

  1. Semua nak disalahkan pada najib.Banyak pahala percuma najib dpt angkara mulut celupar manusia2 yg merasàkan diri pintar dan bijak tetapi mcm tak ada pegangan agama.
    Mgkin mrk dh buat perjanjian mcm perjanjian IPP n tol dgn mudah utk simpan kunci pintu syurga.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk