21/10/2015

Hadi Samakan Hanipa Maidin Dan Rakan Sebagai Monyet?


 

Jika sebelum ini mereka digelar 'katak', namun kini kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai 'monyet' oleh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.

Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."

"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan.

"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di sini, Sabtu.

Teruk juga hinaan Presiden PAS kepada orang-orang Amanah. Yang mana Presiden dia tak ada kerusi Wakil Rakyat. Haha! Tapi dalam masa yang sama, apa yang Keris faham rupanya PAS selama ini parti beruk?

Sebab dia ibaratkan PAS itu pokok yang ada monyet, yang duduk sebab ada buah, tak ada buah monyet itu lompat. Apakah semua ahli PAS pun monyet?

K7L : Hati-hati kalau nak bahan orang sekalipun..

1 ulasan:

  1. Makan tak kira halal haram - diumpamakan spt khinzir.
    Suka ngajuk ngajukkan org dan memperlekehkan org beriman - diumpamakan spt kera.
    Ada ke kesamaannya dgn PAN ?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk