03/09/2015

Parti Amanah Negara Tolak PAS Untuk Gabungan Dengan DAP-PKR?



ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan menolak penyertaan PAS di dalam gabungan parti pembangkang sebagaimana yang dinyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Penganjur PAN, Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataannya memohon maaf pada Anwar atas perbezaan pendirian itu dan menegaskan bahawa PAS tidak wajar menjadi sebahagian dari parti gabungan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak yakin permuafakatan politik baru yang melibatkan PKR, DAP , PARTI AMANAH NEGARA dan PAS akan wujud. Saya tidak pernah berdendam atau benci dengan PAS, namun saya percaya kita harus realistik.

"Maka saya penuh yakin, dengan mengambil kira realiti politik sekarang, kedudukan PAS dalam permuafakatan politik baru atau Pakatan yang baru untuk tidak akan menguntungkan mana-mana parti.

"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan Pas yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada Pakatan," tegas Hanipa dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysiakini, semalam.

Kata Hanipa lagi, Pakatan Rakyat yang baru nanti hanya akan berdaya maju sekiranya PAS tidak menganggotai gabungan tersebut.

"Saya menyimpulkan bahawa Pakatan yang baru ini hanya akan berdaya maju tanpa PAS, dan hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat sahaja," jelas Ahli Parlimen Sepang yang menang bertanding pada PRU ke-13 lalu di atas tiket PAS itu.

Ahli Jawatankuasa Penganjur PAN, Mohamed Hanipa Maidin

Selain itu, dalam penolakan beliau berhubung keanggotaan PAS di dalam Pakatan Rakyat, Hanipa turut mengungkit tindakan PAS yang dikatakan tidak wajar terhadapnya dan sempat berhujah mengenai pembahagian kerusi pilihanraya di dalam gabungan parti pembangkang itu kelak.

Sebilangan pemimpin PAS yang tewas dalam pertandingan merebut jawatan di dalam PAS pada muktamar lalu bertindak menubuhkan sebuah parti baru yang dikatakan lebih Islamik dan progresif berbanding PAS.

PAN yang difahamkan sedang dalam proses ditubuhkan secara rasmi diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beliau turut disertai oleh bekas Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub dan beberapa bekas AJK PAS Pusat seperti Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkifli Ahmad serta ramai lagi.

Sementara itu, Presiden PAS yang sebelum ini melabel mereka yang merosakkan PAS dari dalam sebagai "syaitan dalam jemaah" menegaskan bahawa keputusan mereka yang meninggalkan PAS itu sebagai gerakam membersihkan PAS dari unsur negatif yang mampu karamkan parti. - Kedahnews.com

K7L : Haha! Lanyak selagi boleh..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk