21/04/2015

PasMa Hentam Syarat PAS Permatang Pauh Pasal PRK Permatang Pauh?


 

PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dibidas PASMA Malaysia kerana telah memberi syarat dan kata dua kepada PKR berkaitan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan itu. AIDC kata :

PASMA Malaysia dalam kenyataannya semalam menyifatkan kedua-dua organisasi PAS itu sebagai anti Pakatan Rakyat (PR).

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua PAS Permatang Pauh menunjukkan sikap yang tidak setiakawan dalam menghadapi musuh.

“Ugutan yang dikeluarkan oleh beliau patut diambil tindakan oleh PAS Pusat kerana bercanggah dengan kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,” bidas PASMA.

Selain itu PASMA turut membuat tuduhan dengan mendakwa pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) yang lalu, PAS Permatang Pauh telah melakukan pembelotan dengan memberi undi kepada calon BN, Dr Mazlan Ismail dan bukannya kepada calon PKR, Anwar Ibrahim.

Ini berdasarkan sentiman, Dr Mazlan adalah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

“Dalam PRU 13 yang lalu memang golongan ini telah berpakat dengan calon BN iaitu Dr Mazlan yg merupakan bekas Ketua DPP PAS Pulau Pinang.

“Sebab jumlah pengundi BN bertambah lebih kurang 10,000. Awasi pengkhianat yang akan terus dilakukan dalam PRK Permatang Pauh kali ini.

“PASMA akan terus membantu PR menghadapi tektik penipuan yang acap kali dilakukan BN,”dakwanya lagi.

Pada Ahad, Haji Omar Hassan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh dalam kenyataannya berkata pihaknya memberi syarat kepada PKR agar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat bahawa parti itu tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Presendirian tentang hudud yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, PAS Permatang Pauh menuntut PKR membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka terhadap perkara tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menuntut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memohon maaf di atas kebiadapan mereka mendesak Hadi berundur sebagai Presiden PAS.

Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan berhubung pergerakan jentera PRK Permatang Pauh jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Bagi saya senang saja, minta maaf dulu kemudian baru kita jumpa (bincang),” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

AMK Pulau Pinang pada 26 Februari lalu membuat kenyataan secara terbuka dengan meminta Hadi meninggalkan PAS kerana didakwanya liabiliti kepada PR menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Kenyataan itu dibuat oleh Khairil Anuar Kamarudin, Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang.
Khairil Anuar juga turut memperburuk-burukkan kepimpinan Hadi yang didakwanya sebagai seorang pemimpin yang gagal.

“Beliau (Hadi) juga harus sedar kegagalan mempertahankan Terengganu pada 1999-2004. Ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar. 

Tidak lupa juga kegagalan mempertahnkan Kedah pada PRU 13 yang lalu dan kegagalan beliau menghalang kewujudan pertandingan tiga penjuru seperti di DUN Sungai Acheh,” kenyataan Khairil Anuar dipetik. 

K7L : PasMa dah jadi PKR ke?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk